Seorang lelaki bergaji RM3,000 sebulan mengeluh kepada orang ramai bagaimana beliau kini terperangkap dengan hutang yang menggunung sebanyak RM500,000.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook The Viral Stories, lelaki tanpa nama itu kini berada dalam dilemma selepas terperangkap dengan bebanan hutang yang meninggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan bahawa beliau mempunyai hutang sebanyak RM142,000 menerusi pinjaman peribadi, manakala RM9,000  daripada 2 bank berbeza, RM230,000 untuk hutang Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Malaysia dan terakhir adalah koperasi yang bernilai RM100,000.

Jumlah keseluruhan hutang yang beliau pikul hampir setengah juta  untuk seorang lelaki yang bergaji RM3,000 sebulan.

Bagaimanapun, dia sebenarnya sudah mempunyai jalan keluar iaitu dengan mengisytiharkan dirinya muflis, tetapi persoalan lebih besar yang ditanya olehnya adakah dia akan dibuang kerja?

Rata-rata netizen yang membaca pengakuan lelaki tersebut terkejut dan sebahagian pula bersimpati dengan nasibnya. Manakala yang lain pula seolah-olah berang dengan tindakan lelaki itu yang tidak ‘ukur baju di badan sendiri’.

Sumber