Seorang wanita dari Malta kagum dengan keselesaan dan ketahanan salah satu kereta ikonik yang pernah dihasilkan oleh Malaysia iaitu Perodua Kelisa.
Claudine Alcock berkongsi pengalaman yang mana beliau membeli Kelisa keluaran tahun 2005 dengan harga EUR700 atau sekitar RM3,363.
Baca Juga:
- ‘Cukup Sekali’ – Perodua Sangkal Mitos Tekan Butang ‘Push-Start’ 3 Kali Untuk Hidupkan Kereta
- Perodua Bezza Kereta Paling Laris Di Asia Tenggara
- ‘King’ Myvi Paling Banyak ‘Claim’ Insurans Pada 2024
Perodua Kelisa Senang Nak Handle

“Saya dari Malta. Saya membeli Kelisa terpakai dari tahun 2005. Saya telah memilikinya selama seminggu. Saya tidak pernah mendengar tentangnya tetapi saya sukakannya.
“Ia sudah berjalan sejauh 83 500. Saya pernah melihat satu lagi dengan 995,000 batu pada jam dan ia masih berjalan.
“Kereta saya mempunyai kemek di bahagian hadapan yang akan saya baiki tetapi selain itu ia mudah untuk digunakan,” tulisnya dalam group Perodua Kelisa di Facebook.
Di ruangan komen netizen nyata teruja kerana produk dari Malaysia kini menghiasi jalan di negara Eropah dan mendapat perakuan mengenai kualitinya.


Sebelum ini, seorang lelaki bernama Kenji Hoshino yang berasal dari Jepun memperlihatkan hasil ubah suai Kei Car menjadi seperti sebuah Kelisa.
Menariknya, siap pakai nombor plat serupa di Malaysia untuk tampak lebih asli seperti di negara ini.
Sebagai sentuhan pelengkapnya, dia turut mengenakan cat berwarna light gold yang cukup ikonik di kalangan pemilik Kelisa tempatan di Malaysia.