Kereta buatan Malaysia bukan sahaja terhad untuk pasaran tempatan sahaja. Bahkan ada sebahagian model yang dijual di luar negara seperti Perodua Kelisa.
Baru-baru ini sebuah Kelisa berwarna coklat telah menjadi bualan dan bahan jenaka komuniti Reddit r/CarTalkUK. Ini kerana nombor plat yang digunakan ‘Y90 P00’ pada kereta itu menyerupai warna kereta itu.
Baca Juga:
- ‘Rasa Mewah Dan Canggih’ – DJ Radio Afrika Selatan Kagum Bila Cuba Proton X50 Buat Kali Pertama
- Dianggap Kereta ‘Murahan’, Pemilik Di UK Puji Ketahanan Serta Kehebatan Proton Saga
- Proton Perdana Terbiar Dalam Bangunan Di UK Rupanya Milik Tun Dr Mahathir
Jika anda masih tertanya-tanya apa yang menghiburkan hati mereka, ‘P00’ itu merujuk pada ‘najis’ dan warna Kelisa itu diumpamakan dengan sisa buangan itu.
Menurut pengguna Reddit yang tinggal di Newcastle, England, selama ini kereta Kelisa tersebut mendapat cukup ramai pengikut online kerana pengubahsuaian yang unik dan nombor pendaftaran platnya yang dianggap kelakar.
Perbualan mereka telah mendapat perhatian /u/BenLikesTea, iaitu pemilik Perodua Kelisa tersebut. Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyukai keretanya itu.
Pada masa beliau turut mendedahkan modifikasi yang telah dibuat pada kereta berkenaan seperti enjin baharu K3VE2 daripada Daihatsu yang menghasilkan 121hp.
“Semuanya berwarna merah jambu di bawah bonet dan ia agak bising, jadi saya minta maaf kepada penduduk sekitar di Leazes Park yang mendengar bunyi kereta saya pada pukul 6 pagi.
“Dahulu kereta ini lebih lowered, bagaimanapun tidak mendapat kelulusan MOT kerana spring longgar. Jadi buat masa ini saya umpama seperti duduk di dalam trak raksasa sehinggalah saya mendapatkan beberapa coilovers untuk diimport,” jelas beliau.
Tambah BenLikesTea lagi, jika sesiapa ternampak dirinya pada bila-bila masa, beliau suka untuk bersembang dan akan menunjukkan kereta tersebut lebih jelas lagi.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.