Gen Y Malaysia mengalami tekanan kewangan yang ketara pada awal kehidupan mereka dengan ramai hidup di luar kemampuan dan terperangkap dengan perbelanjaan emosi, menurut satu kajian baru oleh Institut Kewangan Asia (AIF).

Kaji selidik itu menunjukkan majoriti Gen Y bergantung kepada jumlah pinjaman yang tinggi, dengan 38% dilaporkan mengambil pinjaman peribadi, 47% terlibat dengan pinjaman kad kredit yang mahal, dan hanya 28 % berasa yakin dengan pengetahuan kewangan mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa 75% Gen Y Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu hutang jangka panjang seperti pinjaman kereta, pinjaman pendidikan dan pinjaman perumahan, manakala 70% yang memiliki kad kredit cenderung untuk membayar bayaran bulanan pada kadar minima serta 45% pernah membayar hutang lewat daripada tarikh pembayaran pada satu-satu ketika.

gelut-kewangan

Laporan itu menyebut, walaupun Gen Y adalah golongan pengguna terbesar dan mempunyai kuasa membeli yang tinggi, mereka kurang keyakinan dalam kewangan dan majoriti daripada mereka (58%) menyatakan hanya memiliki pengetahun kewangan pada tahap sederhana.

“Walaupun mereka adalah generasi yang paling berpendidikan setakat ini, Gen Y mengumpul hutang pada usia lebih awal dan kurang memahami perancangan kewangan.”

“Menguruskan duit dengan baik dan membuat keputusan kewangan yang rasional adalah kemahiran hidup yang penting yang mesti dipelajari sepanjang hayat untuk memastikan kesihatan kewangan pada masa akan datang.”

“Dengan produk dan pasaran kewangan yang semakin kompleks dengan bilangan yang semakin banyak, Millenial cenderung untuk menanggung risiko kewangan yang lebih besar daripada generasi sebelumnya, dan ini menunjukkan keperluan kritikal untuk perubahan tingkah laku terhadap pengurusan wang.”

Laporan AIF itu yang bertajuk, “Kepentingan Kewangan: Memahami Gen Y – Merapatkan Jurang Pengetahuan Millenial Malaysia”, melibatkan lebih 1,000 orang responden daripada kalangan profesional muda berusia di antara 20 sehingga 33 tahun.

Kajian itu juga menunjukkan Millenial Malaysia lebih yakin tentang ilmu kewangan mereka berbanding dengan Gen Y.

Laporan itu berkata, membesar dalam dunia Do-It-Yourself dan dengan informasi di hujung jari, Millenial lebih berhati-hati untuk mendapatkan nasihat kewangan dan lebih suka melakukan perancangan kewangan mereka sendiri.

Hanya 37% mendapatkan nasihat kewangan daripada penasihat / perancang profesional dan daripada itu, hanya 26% yang meminta nasihat perancang kewangan berkata mereka percaya nasihat yang mereka terima.

Menurut laporan itu, Gen Y bergantung kepada keluarga, rakan-rakan dan rakan sekerja sebagai sumber utama mereka untuk mendapatkan maklumat dan nasihat kewangan.

“Kami berharap kajian kami akan memberi inspirasi kepada pembuat dasar dan institusi kewangan untuk mencari pendekatan inovatif yang akan memberi impak kepada kewangan masa depan Gen Y.”

“Memahami tahap celik kewangan semasa Gen Y akan melengkapkan organisasi dengan lebih baik untuk memahami kumpulan demografi yang penting ini,” tambah Madden.

Kajian ini telah dijalankan untuk memahami kecelikan kewangan Gen Y Malaysia dengan lebih mendalam dan sikap mereka terhadap kewangan, serta membantu industri perkhidmatan kewangan mengetahui sikap, pengetahuan dan tingkah laku generasi ini terhadap kewangan.

BACA: 17 Jawapan Eksklusif Disebalik Kisah Viral Pemuda Beli 3 Buah Rumah Semasa 16 Bulan Bekerja

BACA: 7 Perkara Penting Yang Patut Dibuat Sebelum Dapat Gaji Pertama

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram