Penyanyi dan pelakon terkenal Ben Ladin, atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan, sudah hilang sabar dengan ibu bapanya sendiri.

Ini kerana ibu dan bapanya telah mempergunakan namanya dalam aktiviti penipuan.

Akibatnya, Ben Ladin kini menjadi sasaran pemiutang yang menuntut pembayaran bagi kerugian yang ditanggung mangsa-mangsa penipuan tersebut.​

Ben ladin
Foto: Iluminasi

Dalam satu hantaran di Instastory, Ben meluahkan rasa kecewa dan penat dengan situasi tersebut, menyatakan bahawa hampir setiap hari beliau menerima panggilan dan mesej daripada pihak yang menuntut wang.

Beliau turut memuat naik gambar bapanya, Munshi Shaihan, yang sebelum ini pernah tular kerana didakwa menipu ramai individu.​

Datuk

Ben Ladin menuduh ayahnya itu kaki pembelit: “Pandai belit, mesti pakai reka cerita, janji boleh dari daripada mangsa.”

Artis itu benar benar kecewa kerana ayahnya sanggup mereka cerita kononnya ada anaknya terlibat kemalangan.

“Anak yang mana tu?” soal Ben Ladin.

Ben Ladin turut mendedahkan bahawa ayahnya pernah mereka cerita meminta tangguh bayar hutang sebab masih dalam proses menyaman menantunya (isteri Ben Ladin).

Ben Ladin dan buat laporan polis

Ben menjelaskan bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan menegaskan bahawa walaupun mereka adalah ibu bapa kandungnya, beliau tidak dapat menerima perbuatan mereka yang telah menyebabkan banyak pihak teraniaya.

Ben Ladin meminta ibu dan bapanya agar serah diri kepada mangsa dan bayar duit mereka.

“Janganlah berlakon menjadi mangsa,” tegas Ben Ladin.

Ben Ladin
Foto MSTAR

Ben Ladin juga memohon maaf kerana tidak dapat membantu mangsa-mangsa penipuan tersebut kerana jumlah tuntutan yang sangat besar.​

Isu ini mendapat perhatian ramai netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap Ben Ladin dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang terlibat dalam penipuan tersebut.​

ben ladin

“Walaupun mereka ibu bapa saya, namun yang salah tetap salah, sepertimana saya telah berikan keterangan di balai polis,” tambah Ben Ladin lagi.