Caprice sahkan kehilangan Eyka – influencer Malaysia – yang hilang ketika membuat aktiviti paranormal cuma konten.
Sebelum ini Ammar Nazhan menyatakan bahawa mereka tidak membuat konten tentang kehilangan Eyka di dalam hutan.

Dan dia sendiri mengesahkan bahawa mereka sudah membuat laporan polis di Bandung tentang perkara itu, bukti bahawa Eyka benar benar hilang.
Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Indonesia 2 Pagi Ketika Sedang Buat Konten Paranormal
Seterusnya, semalam pasukan Ammar Nazhan telah menyiarkan secara langsung misi pencarian.
Dan Eyka akhirnya ditemui, selepas rakannya membaca azan dan mengikut arah kiblat ketika mencarinya – menurut laporan Sinar Harian.
Netizen mulai mempersoalkan sama ada ianya betul atau palsu. Kerana keadaan Eyka ditemui dikatakan sangat bersih dan solekan pun masih tak luntur.
Ibu bapa mereka tenang sangat
Selain itu, ada yang mempersoalkan keluarga Eyka dianggap terlalu tenang tentang perkara itu walaupun anak gadis mereka sudah 3 hari hilang dalam hutan belantara.
Zarina Zainudin menulis: “Mana ibu bapa mereka? Anak saya nak keluar pun saya tanya pergi dengan siapa, balik pukul berapa dan suruh kawan dia yang ajak keluar tu call saya dulu.
“Bukan apa, kita sayang anak kita. Ishh penat buat anak, besarkan dia, duit dah banyak habis, bagi belajar, makan sedap sedap, nanti tak pasal pasal mati sia sia menempah takdir.
“Tolonglah anak anak pun jangan susahkan hati emak bapak.”
Caprice sahkan kehilangan Eyka konten yang memalukan Malaysia
Kemudian Caprice sahkan kehilangan Eyka sebelum ini cuma fake atau konten semata mata.
Ianya disahkan sendiri oleh agensi bakat di Indonesia.
“Sah, FAKE [PALSU]! Agensi bakat yang menguruskan beberapa bakat dalam video itu sahkan ianya FAKE! Dah la tak dapat bayaran.
“Betul orang lama selalu berpesan, bodoh itu percuma, tetapi janganlah borong semua,” tegas Caprice yang kegeraman.

Hantaran Caprice sahkan kehilangan Eyka itu cuma lakonan telah membuatkan ramai mahukan penjelasan daripada Ammar Nazhan.
Caprice turut berkongsi tangkap layar dengan agensi bakat yang menguruskan beberapa bakat dalam kumpulan yang menyertai Ammar Nazhan itu.
“Malangnya benda ni palsu belaka. Ada beberapa bakat dalam tu ditandatangani di bawah agensi kami. Malu betul dengan perkara ini,” tegas individu itu.
Caprice membalas: “Apa kejadahnya. Buat malu Malaysia.”
Kemudian individu itu mendedahkan bahawa influencer mereka tidak dibayar oleh Ammar Nazhan untuk konten tersebut.
“Ya saya tahu [memalukan]. Saya dah nasihatkan budak budak saya jangan buat konten dengan Amz. Dia sangat bodoh, dah la budak budak ni tak dibayar untuk buat semua ini.”
Selepas Caprice sahkan kehilangan Eyka itu satu penipuan, ramai meminta kerajaan mengambil tindakan ke atas Ammar Nazhan. Ini termasuk menutup sahaja saluran YouTube dia yang ternyata beberapa kali memuat naik konten tak berfaedah.
Ini termasuk konten yang meletakkan anak gadis dan lelaki bersekedudukan.
Yang lain menyindir balik peminat tegar Ammar Nazhan dengan berkata: “Paling tak boleh blah, pentaksub dia siap kata, tak kena kat keluarga kau boleh la kata ini fake’.”