Influencer Malaysia hilang di dalam hutan di Bandung Indonesia. Influencer bernama Eyka atau Nur Syafiqah itu bukan nama asing di kalangan pengguna TikTok.
Rakan kepada Eyka, Ammar Nazhhan yang mengetuai aktiviti berkenaan sudah memaklumkan keluarga Eyka.


Peminat kepada Ammar Nazhan dan Eyka menjadi gempar ketika Ammar mengumumkan tentang influencer Malaysia yang hilang dalam hutan di Bandung menerusi TikTok miliknya.
Influencer Malaysia hilang 2 pagi
Menurut Amar Nazhan, Eyka hilang kira kira pukul 2 pagi ketika sedang ‘bekerja’ menghasilkan konten paranormal yang diketuai oleh Amar Nazhan sendiri.
Dipetik dari sumber mStar, Ammar Nazhan mengesahkan seramai 20 orang menyertai rombongan ke kawasan tersebut. Namun hanya 7 orang termasuk Eyka yang masuk ke dalam hutan belantara.
“Kami mulai menyedari kehilangan Eyka pada 2 pagi, pada Isnin, ketika sedang melakukan aktiviti paranormal. Dan hanya dia seorang sahaja perempuan yang ikut masuk ke hutan,” tegas Ammar kepada mStar.

Laporan polis dibuat selepas 48 jam kehilangan Eyka kerana itu adalah syarat yang ditetapkan oleh undang undang di Indonesia.
“Sebelum buat laporan polis, kami sudah meencari Eyka dan kami kemudian membuat laporan polis selepas 48 jam kehilangannya, sepperti disarankan pihak di sini,” kata Ammar Nazhan lagi.
@amnazhan Kami masih mencari eyka dari pagi sampai sekarang. Bantuan sudah tiba. Pihak berkuasa akan cuba terbaik membantu kami. Doa kan kami buat rakyat MALAYSIA & INDONESIA ๐ฒ๐พ๐ฎ๐ฉ
Ammar Nazhan turut mengesahkan bahawa, selain polis, mereka juga dibantu oleh orang kampung di sekitar kawasan tersebut yang bersama sama mencari Eyka.
Ammar Nazhan meminta keluarga Eyka agar tidak perlu bimbang kerana dia berjanji akan menguruskan segalanya di Indonesia dan berjanji akan mencari Eyka sehingga gadis itu ditemui.
Dalam perkongsian tentang influencer Malaysia hilang di hutan oleh Ammar Nazhan di TikTok, rata rata rakan rakan Eyka tergamam dan sedih dengan kehilangan Eyka.
@amnazhan Buat kali pertama kami live , talent am hilang @Eykaaa tidak dijumpa selama berjam2. Am akan uruskan ini dengan pihak luar sekiranya eyka tak dijumpai lebih 24 jam.. DOA KAN KAMI SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN AMIN !! @๐ก ๐ ๐ข ๐ฉ โ แดก๊ฐแดโ @TIM TROBOS MITOS
โฌ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Ammar berkongsi proses mencari Eyka menerusi akaun TikTok miliknya. Pegikut setia Ammar Nazhan tidak henti henti mendoakan agar Eyka dapat ditemui dalam keadaan selamat.