Terdahulu, dilaporkan bahawa YouTuber Ammar Nazhan dan rakannya membuat onar di kawasan perumahannya sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kejiranan tersebut.
Susulan penularan dakwaan tersebut, Ammar di Instastory miliknya menegaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar dan dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menuduh mereka tanpa bukti.
Baca Juga:
Tambahnya, dakwaan itu bertujuan untuk menjatuhkan maruah mereka dan dia berpendapat bahawa ada pihak yang membayar media untuk menyebarkan dakwaan palsu tersebut.
“Jika berani, tolong berjumpa dengan saya sebelum keluarkan statement yang tidak betul.” tulis Ammar.
Susulan itu, pengguna Facebook Mohd Fadli Salleh yang membongkarkan hal tersebut telah memuat naik satu lagi hantaran di mana jiran kepada YouTuber tersebut tidak gentar dengan ugutan tindakan undang-undang.
Menurut jiran YouTuber itu, mereka memiliki bukti seperti video dan lain-lain serta sudah bersedia jika disaman. Malah, pihak mereka tidak akan membuat tuduhan melulu tanpa bukti yang kukuh.