Sebelum ini, pernah tular YouTuber yang tampil dengan konten makan kentang goreng bersuap bersama dengan ‘pasangan’ dan video itu telah menjadi bualan ramai.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Mohd Fadli Salleh telah berkongsi dalam satu catatan Facebook berkaitan YouTuber tersebut yang dikenali sebagai Ammar Nazhan itu.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian tersebut, Fadli mendedahkan tangkap layar perbualannya dengan jiran YouTuber terbabit dimana jirannya mendakwa mereka tinggal serumah bersama bukan muhrim.

Bagi anda yang menonton konten dimuat naik oleh Ammar Nazhan, boleh dikatakan kesemua konten dirakam dalam rumah dipercayai rumah tersebut dijadikan studio.

Bukan itu sahaja, YouTuber tersebut bersama rakan-rakan turut didakwa tidak menghormati privasi jiran yang tinggal di kawasan perumahan tersebut dan tidak beradab apabila parkir di depan rumah orang lain, bergaduh dengan pengawal keselamatan, buat bising pada waktu malam dan banyak lagi.

Difahamkan, jiran-jiran di kejiranan YouTuber tersebut telah berbincang dengan YouTuber terbabit tetapi jawapan menghampakan yang diterima mereka membuatkan mereka semakin marah.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen berpendapat seharusnya mereka memaparkan imej baik kerana sebagai influencer harus memberikan pengaruh baik bukannya sebaliknya.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang memberikan beberapa cadangan kepada jiran YouTuber tersebut untuk membuat laporan polis selain menghantar petisyen kepada pihak pengurusan.