Netizen mahu memboikot salah seorang Youtuber terkenal negara ini dimana mereka menganggap beliau telah memalukan nama Malaysia.
Sebelum ini, seorang yang kononnya influencer dari Malaysia dinyatakan hilang di sebuah hutan di Bandung ketika sedang merakam satu kandungan mengenai paranormal.

Baca Juga:
- Polis Indonesia Bengang Influencer Malaysia Berlakon Hilang Dalam Hutan 3 Hari
- Caprice Sahkan Kehilangan Eyka 3 Hari Dalam Hutan Indonesia Satu Penipuan Dan Konten Semata Mata
- Influencer Hilang Di Hutan Indonesia 3 Hari Selamat Ditemui, Rakan Cari Sambil Laung Azan Dan Ikut Arah Kiblat
Tidak lama selepas itu, Ammar Nazhan yang merupakan seorang Youtuber dan rakan rakannya menemui Eyka setelah mereka melaungkan azan dan mengikut arah kiblat mencari gadis itu.
Youtuber Buat Konten Palsu
Caprice kemudiannya memberitahu bahawa dia sudah menghubungi salah sebuah agensi yang mengendalikan beberapa influencer di dalam pasukan Ammar Nazhan itu.
Agensi tersebut mengesahkan bahawa semua itu palsu dan mereka sangat kecewa kerana influencer di bawah kendalian mereka itu sudah dinasihati tidak membuat konten dengan Ammar Nazhan. Namun mereka berdegil dan terus berkolaborasi walaupun tidak dibayar.

Polis Indonesia kemudian mengesahkan bahawa cerita Eyka hilang dalam hutan hanyalah satu lakonan untuk menarik tontonan dan perhatian di media sosial.
Menurut polis, walaupun mereka sudah meminta kebenaran warga tempatan di situ untuk membuat konten, namun undang undang Indonesia tetap berkuasa untuk menghukum kesalahan mereka.
Ammar dan rakannya Arasz sudah dipanggil untuk memberikan keterangan. Dan mereka mengakui mereka sekadar berlakon.
“Keterangan Ammar dan Aras menjelaskan bahawa mereka membuat siaran langsung di Bukit Embah Garut RT 05, RW 09, Kelurahan Cisurupan, Kecamatan Cibiru, Kota Bandung pada Ahad lalu menerusi TikTok dengan cerita sensasi ‘pempengaruh Malaysia (Eykaa) hilang selama 48 jam selepas membuat kandungan paranormal’.
“Kandungan sensasi itu dibuat semata-mata untuk meningkatkan jumlah tontonan dan pengikut.
“Mereka tidak sedar bahawa undang-undang Indonesia mengenakan hukuman tegas terhadap penyebar berita palsu. Kandungan yang mereka buat juga tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa meskipun sudah diberi kelulusan oleh pengurus wilayah setempat,” ujar Kapolsek Panyileukan, Kompol Kurnia.
Netizen Mahu Boikot Youtuber
Netizen Malaysia nyata berasa geram dengan tindakan Ammar dan rakan-rakan dimana mereka mahu memboikot Youtuber itu kerana dianggap sudah memalukan nama Malaysia dengan membuat konten sampah untuk mendapat perhatian dan mendapatkan views.
Boleh dah kita benamkan si Ammar Nazhan dan semua geng dia. Daripada content laki perempuan duduk serumah buat video cringe geli geli hingga ke tipu polis Indonesia konon member hilang. Bodoh tak boleh diajar geng dorang ni. https://t.co/ta6xYeVPMK
— Ikhwan (@JatIkhwan) February 6, 2025
Sebelum ini, Ammar dikecam kerana membuat konten yang memaparkan seorang wanita berpurdah duduk bersama sekumpulan wanita lain dan lelaki di dalam satu ruang.
Dalam potongan video yang tular di X, wanita berpurdah dilihat cuba mendekati Ammar dan minta untuk menjadi kawan tanpa segan silu.
Dengan berbuat sedemikian, ia seolah-olah menggambarkan wanita berpurdah itu terlalu mahu merapatkan diri dengan lelaki di mana sangat bertentangan dengan tujuan berpurdah iaitu menjaga perbatasan dengan berlainan jantina.