Masalah depresi sudah menjadi satu isu besar di seluruh dunia. Kini masalah mental kronik ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur atau latar belakang.

Tahukah anda hampir setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi, ramai orang mula mencari solusi terbaik dalam membendung masalah depresi di dalam masyarakat hari ini. Antara kaedah yang dilontarkan termasuklah mendapat tidur secukupnya, mengamalkan makanan yang sihat dan juga kekal positif di dalam seharian.

Satu akaun di laman X (@twtjogging) telah mengemukakan persoalan sama ada berlari atau berjogging membantu dalam mengurangkan masalah kemurungan yang teruk.

Rata-rata orang ramai bersetuju bahawa melakukan aktiviti tersebut sememangnya membantu mereka dari segi kemurungan serta tekanan.

Sumber Gambar: X twtjogging
Sumber Gambar: X twtjogging

Malah, berlari atau berjogging turut dikatakan dapat mengurangkan tekanan dan membantu seseorang agar lebih mudah untuk tidur.

Sumber Gambar: X twtjogging

Tidak hanya dengan berlari, ada yang mendakwa bahawa aktiviti berjalan dengan pantas atau dikenali sebagai briswalk turut dapat bantu menyegarkan badan dan minda serta menggurangkan tekanannya.

Bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah mental atau kemurungan yang kronik, sebaiknya dapatkan bantuan pakar bagi rawatan selanjutnya.