Tidak cukup dengan tudung, kini Neelofa tampil dengan produk terbaharu iaitu minuman susu pisang yang dijenamakan sebagai Nilofa.

Sebut sahaja minuman susu pisang, pasti ada daripada anda yang sudah terbayang kelazatan minuman tersebut yang terkenal di Korea. Kiranya macam tidak lengkap jika ke Korea jika tidak cuba minuman tersebut.

https://www.instagram.com/p/B5CxddnlPUz/

Terbaharu, kecoh di Twitter tentang iklan yang dipasarkan oleh minuman susu pisang Nilofa dimana mengandungi pelbagai khasiat. Menerusi iklan tersebut, susu pisang itu dikatakan mampu untuk mengurangkan obesiti, buang toksik daripada badan dan sebagainya.

EKJIEKvU4AQxBUh

Berikutan itu, rata-rata netizen mengatakan apa yang diiklankan adalah palsu kerana tidak mungkin minuman mengandungi gula yang tinggi memiliki khasiat sedemikian.

https://twitter.com/arxxxxmand/status/1199965583921401856

https://twitter.com/nrlsabrinaaa/status/1199996539021611008

Produk yang menjanjikan kebaikan untuk kesihatan pastinya dapat menarik ramai pihak. Akan tetapi, jika ia tidak bermanfaat seperti yang diiklankan pasti akan mengecewakan penggunanya.

Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Anda mungkin berminat untuk ketahui tip untuk diet. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

9 Cara Ini Boleh Bantu Anda Berdiet Dengan Efektif

10 Tip Kekalkan Penurunan Berat Badan Setelah Penat Lelah Berdiet

5 Kekeliruan Yang Ditimbulkan Oleh Pakar Pemakanan ‘Jadian’, Ini Jawapan Balas Dietitian