Bersempenan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, kita sedia melihat satu trend gen Z yang dilakukan oleh sejumlah keluarga yang berjaya mengeratkan silaturahim di samping mencipta kenangan yang unik.
Selain trend Velocity, rupanya trend menari sewaktu mengambil duit raya juga menjadi ikutan oleh orang ramai selepas dimulakn oleh influencer di Malaysia.
Menari untuk ambil duit raya
Tarian “ambil duit raya” merujuk kepada trend tarian yang tular di media sosial, terutamanya TikTok, di mana individu akan menari mengikut irama sebelum menerima duit raya semasa Hari Raya Aidilfitri.
Trend ini melibatkan individu, termasuk golongan muda dan tua, yang merakam video tarian mereka sebelum menerima duit raya.
Boleh lihat beberapa video yang ditemui di media sosial:-
@yasmeansny Selamat Hari Raya everyone and yes tahun ni raya warna awam 😂❤️ P/s: akak- “nak duit raya kena menari” #raya2025 #selamathariraya #duitraya
@divakaraoke Bila staff minta duit raya kat Manager tapi manager suruh menari ikut trend sekarang 😂 #duitraya #raya2025 #karaokemurah #fyp #murahbanget #damansara #oneutama
@beauty_care_puchong Bagi duit raya tren la ni😂🤣🤣 #trending #fyp #pageforyou
Pada mulanya ia dilihat sekadar hiburan sahaja, namun telah menerima kritikan daripada beberapa pihak, termasuk tokoh agama, yang menganggapnya sebagai tidak menghormati tradisi dan adab semasa Hari Raya.

Terdapat pandangan lain bahawa tindakan menari sebelum menerima duit raya boleh dianggap sebagai tidak sopan dan tidak sesuai dengan semangat bulan Syawal.
Dakwa tiru tarian tradisional dari Yahudi
@haiza_akif ni tarian @ joget viral duit raya tu kan?.. klu betul, haraplah sape yang dah buat joget amik duit raya tu padamlah video balik.. buat malu kat orang gaza je.. jogetduitraya sampulraya
♬ original sound – Haiza | Akif Official – Haiza | Akif Official
Bagaimanapun, heboh satu dakwaan pula bahawa tarian ini sebenarnya diambil dari tarian tradisional Yahudi. Perkara ini dikuatkan apabila pergerakannya kelihatan serupa dengan trend terima duit yang hangat di Malaysia ketika ini.

Jadi, orang ramai mula meninggalkan komen-komen yang negatif kepada individu yang memuat naik video tarian berkenaan menerusi pelbagai media sosial.
Betul ke berasal dari tarian tradisional Yahudi?
Sebelum anda membuat kesimpulan sewenang-wenangnya, mari kita mencari kebenaran trend tarian berkenaan sebenarnya berasal dari mana?
Berdasarkan perkongsian beberapa pengguna internet, mereka menyatakan tarian ini sebenarnya telah digunakan oleh segenap masyarakat di seluruh pelusuk dunia tetapi dengan nama yang berbeza sahaja.
Rupanya tidak seperti yang didakwa
Tarian popular ini dikenali sebagai Penguin Dance, yang mana popular di Balkan dan ada yang mendakwa berasal dari Romania dan Albania.
Memetik laman Folkdance, ada juga yang mendakwa ia berasal dari Finland yang mana diberi gelaran Letkajenkka dan dipercayai telah menggunakan rentak irama dari lagu Finnish itu sendiri lalu dimainkan di kaca TV Jerman dengan tarian diberi nama Penguin Dance.
Tidak jelas bagaimana lagu Letkis digandingkan dengan Tarian Penguin, yang tidak berkaitan dengan mana-mana tarian rakyat Finland.
Ada spekulasi bahawa pelajar pertukaran Finland yang kembali dari AS membawa langkah-langkah “Bunny Hop” (tarian arnab) ke Finland, dan kemudiannya, tarian itu berubah menjadi “Tarian Penguin” ketika diperkenalkan di Jerman.
Menurut majalah Time edisi 26 Januari 1953, tarian itu dicipta oleh pelajar-pelajar di Sekolah Tinggi Balboa, San Francisco, pada tahun 1952.

Sekadar makluman, Bunny Hop yang asal dimulakan dengan menendang kaki kanan ke depan, manakala Tarian Penguin Finland yang asal dimulakan dengan menendang kaki kiri ke depan.
Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai versi sejarah tempat asal lahirnya Penguin Dance ini dan yang pasti ia tidak terhad kepada kaum Yahudi sahaja. Hal ini didapati tarian ini sudah menjadi universal dan dilakukan oleh sejumlah negara di dunia.