Setiap kali tiba bulan Ramadan tiba, ramai pihak menganjurkan majlis berbuka puasa bersama insan-insan yang memerlukan.

Namun, sepanjang majlis berlangsung selalunya layanan hanya diutamakan hanya mengutamakan pihak VIP sahaja. Manakala tetamu yang sepatutnya diraikan, telah dipinggirkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini Datuk Seri Siti Nurhaliza meraih pujian netizen apabila beliau turun dari pentas untuk menyantuni anak-anak yatim dalam satu jamuan berbuka puasa bersama mereka.

Menerusi video yang tular, Siti Nurhaliza dilihat berjalan mendekati setiap anak yatim menghulurkan duit raya sambil mengusap kepala mereka.

Anak-anak yatim kelihatan sangat gembira apabila mendapat pemberian daripada penyanyi nombor satu tersohor Malaysia itu.

Pada masa sama Netizen memuji lemah-lembut Siti Nurhaliza dalam menyantuni setiap anak-anak yatim tersebut.

Dalam pada itu orang ramai memuji susun atur majlis berkenaan kerana setiap meja sudah disediakan makanan.

Jadi anak-anak yatim tidak perlu beratur panjang untuk mengambil makanan.

“Macam inilah cara kita nak raikan anak-anak yatim dalam majlis,” ujar netizen.

Pada masa sama netizen memuji Siti Nurhaliza kerana mengamalkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W dengan mengusap kepala anak-anak yatim.

Perbuatan itu diumpamakan sebagai tanda kasih sayang kepada anak yatim.

Dalam satu hadis sahih Bukhari, Abu Hurairah r.a meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W — “Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.