Suasana Ramadan kian terasa, dan persiapan Aidilfitri pastinya semakin rancak. Di sebalik kesibukan meninjau baju raya dan membakar biskut, satu perkara yang sentiasa menjadi keutamaan rakyat Malaysia adalah penukaran duit raya.

Bagi memastikan anda tidak terperangkap dalam barisan panjang atau kecewa kerana kehabisan stok nota baharu, berikut adalah jadual lengkap tarikh penukaran duit raya bagi tahun 2026 melibatkan bank-bank utama di Malaysia.

Jadual Penukaran Duit Raya mengikut Bank (Mac 2026)

Tahun ini, kebanyakan bank mula membuka kaunter penukaran seawal awal Mac. Sila semak tarikh khusus bagi bank pilihan anda:

Fasa 1: Bermula 2 & 3 Mac 2026

Bank Islam: Bermula 2 Mac 2026. (Lokasi tertentu bermula pada 9 & 10 Mac). Nota: Terhad untuk pemegang akaun sahaja.

Affin Bank: Bermula 3 Mac 2026.

Bank Muamalat: Bermula 3 Mac 2026.

Fasa 2: Bermula 9 Mac 2026

AmBank: Bermula 9 Mac 2026. Jumlah tukaran akan ditolak terus daripada baki akaun pelanggan.

CIMB Bank: Bermula 9 Mac hingga 19 Mac 2026. Urusan dijalankan bermula jam 9:15 pagi hingga 11:00 pagi sahaja (Melibatkan transaksi tunai).

Fasa 3: Bermula 10 Mac 2026

Maybank: Bermula 10 Mac 2026. Urusan bermula jam 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari di cawangan terpilih sahaja.

Public Bank: Bermula 10 Mac 2026 (Isnin – Jumaat, 9:30 pagi – 12:00 tengah hari). Lokasi terpilih bermula pada 16 Mac.

BSN: Bermula 10 Mac 2026 (Khusus untuk tukaran wang kertas RM1 sahaja).

Hong Leong Bank: Bermula 10 Mac 2026 (Lokasi tertentu bermula 12 Mac). Tukaran adalah melalui penolakan baki akaun.

RHB Bank, Agro Bank, & Bank Rakyat: Semua bermula secara serentak pada 10 Mac 2026.

Sebagai makluman, segala maklumat ini didapati menerusi perkongsian di media sosial dan mereka yang mempunyai informasi dari rakan kenalan dalam bidang berkaitan.

Rancang perjalanan anda dengan bijak bagi mengelakkan kesesakan di saat-saat akhir.

Kongsi artikel ini dengan rakan dan ahli keluarga anda supaya mereka juga boleh membuat persiapan awal!