Sempena ketibaan bulan Ramadan dan Syawal yang mulia, Media Prima Berhad kembali memeriahkan suasana dengan kempen Ramadan Raya Sama-Sama Berkat.
Antara pengisian yang paling menarik perhatian tahun ini ialah Bonanza Berkat, sebuah peraduan khas yang menawarkan peluang kepada anda untuk memenangi “duit raya” tambahan dengan cara yang cukup santai dan mudah.
Apa Itu Bonanza Berkat?
Peraduan ini berlangsung selama empat minggu, bermula dari 28 Februari sehingga 27 Mac 2026.
Konsepnya sangat ringkas yang mana anda hanya perlu menjadi “detektif keyword” di platform-platform kegemaran anda.
Setiap minggu, sebanyak 50 pemenang akan dipilih untuk membawa pulang RM100 Duit Raya. Ini bermakna, secara keseluruhan, ramai pemenang akan diraikan sepanjang musim ini!
Langkah Mudah Untuk Sertai
Bagi anda yang ingin mencuba nasib, tugas anda hanyalah mengumpul kata kunci (keyword) yang akan dilepaskan secara berperingkat. Berikut adalah panduannya:
Kumpul Keyword: Setiap hari Sabtu, 5 keyword berbeza akan diumumkan. Anda perlu peka dengan setiap platform merangkumi TV3, Tonton, HotFM, Waktu SolatMalaysia, dan Harian Metro.
Hantar Penyertaan: Setelah mengumpul keyword tersebut, layari laman web rasmi di tonton.com.my/bonanzaberkat.
Patuhi Masa: Pastikan anda menghantar penyertaan sebelum jam 12:00 tengah hari setiap hari Jumaat.

Rahsia untuk menang sebenarnya terletak pada kerajinan anda. Semakin banyak keyword yang anda kumpul dan hantar, semakin tinggi peluang untuk nama anda terpilih sebagai salah seorang daripada 50 pemenang mingguan tersebut.
Ini bukan sahaja mengisi masa lapang dengan aktiviti bermanfaat, malah dapat membantu menambah bajet persiapan raya anda!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Layari segera laman web rasmi untuk terma dan syarat penuh. Siapa tahu, rezeki raya anda tahun ini datang lebih awal melalui Bonanza Berkat!