Baru-baru ini, tular di media sosial tentang seorang peserta telah tersilap memasang bendera Indonesia secara terbalik semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-80, pada hari Ahad lalu.

Apa yang mencuri perhatian di kalangan pengguna media sosial apabila melihat petugas berkenaan dirakam menangis teresak-esak susulan menyesali kesilapan yang dilakukannya tanpa sengaja itu.

Memetik Detik.com, insiden tersebut berlaku ketika sambutan ulang tahun kemerdekaan itu diadakan secara meriah di Lapangan Kondosapata Mamasa, Kecamatan Mamasa.

Berdasarkan video yang tular, kelihatan saat-saat bendera Indonesia yang akan dikibarkan oleh pasukan pengibar bendera (paskibra) telah terbalik. Posisi bendera tersebut menunjukkan warna merah berada di bawah, manakala warna putih berada di atas.

@untukmu_com

Sebuah insiden tak terduga terjadi saat upacara pengibaran bendera pada peringatan Hari Ulang Tahun Republik Indonesia (HUT RI) ke-80 Insiden tersebut terjadi pada hari ini, Minggu (17/8/2025) di Lapangan Kondosapata, Kabupaten Mamasa, Sulawesi barat

♬ AGNEZ MO Merah Putih – AGNATION SQUAD

Welem iaitu Ketua Panitia penganjur acara berkenaan, menyatakan bahawa insiden itu berlaku kerana pasukan pengibar bendera berasa gementar. Beliau turut menafikan dakwaan bahawa pasukan paskibra yang bertugas kurang membuat persiapan.

“Ia hampir terbalik mungkin kerana pasukan pengibar bendera berasa gementar. Bukan sebab kurang persiapan, kerana latihan telah dilakukan selama dua minggu oleh pihak TNI-Polri,” katanya.

Dalam pada itu, Welem turut memohon maaf ke atas kekhilafan yang dilakukan oleh anak buahnya.

“Saya selaku ketua jawatankuasa memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia, terutamanya di Kabupaten Mamasa atas kejadian ini. Ia berlaku secara tidak sengaja, ini murni disebabkan kesilapan teknikal yang dilakukan oleh pengibar bendera,” kata Ketua Jawatankuasa Sambutan HUT RI Pemkab Mamasa, Welem, kepada wartawan, lapor detikSulsel, Ahad (17/8/2025).

Kepala Dinas Lingkungan Hidup (DLH) Mamasa memastikan upacara HUT ke-80 RI tetap berjalan meski terjadi insiden. Ia menilai kejadian tersebut sebagai pelajaran penting bagi semua pihak.