Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf secara rasmi. Ini selepas jalur gemilang pada baju dipakai pemain badminton itu terbalik.
Netizen segera mempersoalkan perkara itu. Kenapa kesilapan yang dianggap tidak sepatutnya berlaku itu harus terjadi.
Victor kesal kerana perkara itu tidak disengajakan dan akan menyiasat perkara tersebut. Dan berjanji bahawa kesilapan itu tidak akan lagi berulang di masa akan datang.
Semalam tular gambar Lee Zii Jia dengan logo Jalur Gemilang yang terbalik pada jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, akui mereka silap dan ianya tidak sesekali menggambarkan Victor sebagai yang sentiasa hormat dengan mendalam terhadap Malaysia, simbol kebangsaan atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di pentas antarabangsa.
Victor menulis: “Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua peminat badminton Malaysia dan Lee Zii Jia atas kesilapan pada jersinya semasa Jelajah Dunia Akhir BWF hari ini.
“Bendera Malaysia melambangkan perpaduan dan identiti. Justeru, kami amat kesal dengan sebarang tindakan tidak disengajakan yang disebabkan oleh kesilapan ini.”
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan sambil menjelaskan ia tidak menggambarkan rasa hormat terhadap Malaysia, simbol kebangsaan atau kebanggaan dan kehormatan mewakili negara di pentas antarabangsa.
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) December 11, 2024
Dalam perkembangan di atas gelanggang,Zii Jia berjaya menewaskan Tien Chen 21-13, 21-15 dalam aksi pertama kumpulan A.