Nama Lee Zii Jia tiba-tiba ‘trending’ di laman sosial dan menjadi bualan peminat badminton seluruh dunia hari ini apabila mempamerkan aksi memukau ketika menentang Hong Kong pada perlawanan Piala Thomas 2024.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh laman rasmi badan badminton dunia (BWF), rata-rata peminat terkejut melihat cara Lee Zii Jia membalas pukulan smash bertubi-tubi daripada pemain perseorangan Hong Kong, Lee Cheuk Yiu sehingga memberikan mata berharga kepada skuad negara.
Mereka menyifatkan ia adalah aksi berkualiti dan luar biasa kerana Lee Zii Jia turut mengeluarkan segala skill individu sekaligus mendapat tepukan gemuruh daripada para penonton di lokasi perlawanan.
lee zii jia may not be the best player in this generation but i feel like his presence in badminton is so strong. he is one of the most memorable players. this man is talented, can deliver high quality rallies and fancy shots but one thing he's lacking is consistency. https://t.co/aN9lvlJvSx
— ji (@levitbz) April 27, 2024
Video itu turut mendapat lebih 18,000 likes di laman facebook dan menerima tontonan lebih 300,000 orang serta lebih 1,500 share.
Ia juga menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat badminton seluruh dunia di laman instagram.
Pemain di ranking ke-10 dunia itu berjaya menyumbangkan mata pertama buat negara dalam aksi pembukaan kumpulan D menentang Hong Kong selepas menewaskan Lee Cheuk Yiu, 21-18, 21-18.
Beregu nombor satu negara, Aaron-Wooi Yik yang kini menghuni ranking kelima dunia hanya memerlukan 21 minit untuk menyumbangkan mata kedua negara.
Malaysia mengesahkan kemenangan ke atas Hong Kong apabila perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao menyumbangkan mata ketiga.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut menyumbang mata ketiga selaku beregu kedua menentang Lee Chun Hei-Tang Chun Man manakala Justin Hoh melengkapkan kemenangan 5-0 selepas menewaskan Chan Yin Chak.
Keputusan itu membuka peluang kepada Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan kali ini sekali gus memperoleh pencapaian lebih baik berbanding terkandas di suku akhir pada edisi 2022 di Thailand.
Selepas ini, skuad negara dijadualkan berdepan Algeria untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan esok sebelum turun berdepan juara 2016, Denmark, Selasa ini.