Ahli politik Indonesia, yang juga Wakil Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Sufmi Dasco Ahmad telah membidas pihak yang sengaja mengibarkan bendera One Piece di premis, kenderaan dan rumah mereka.

bendera

Menurutnya, bendera One Piece adalah ancaman kepada perpaduan bangsa Indonesia. Lantas dia menyeru rakyat Indonesia agar terus bersatu.

Sufmi Dasco Ahmad menegaskan bahawa hanya bendera Merah Putih yang layak dikibarkan tanda kebanggaan nasionall sempena Hari Ulang Tahun (HUT) ke-80 RI pada 17 Ogos yang akan datang.

bendera

Menurut laporan Kompas, bendera One Piece menjadi salah satu barang paling laris dibeli dan ditempah di Indonesia ketika ini. Mereka mengibarkan bendera simbol lanun itu bersama sama dengan bendera Indonesia.

Semakin ramai rakyat Indonesia yang mengibarkan bendera One Piece tanda protes kepada kerajaan atas pelbagai alasan.

one piece

Mereka mengibaratkan One Piece adalah simbol keberanian dan kekuatan rakyat menentang pemerintah zalim.

Dasco berkata: “Pada 17 Ogos, bendera Merah Putih tetap satu-satunya simbol nasional yang dikibarkan. Hal ini sudah jelas dan tidak perlu diperdebatkan lagi. Mari kita rayakan kemerdekaan dengan penuh semangat persatuan dan kebangsaan.”

Seterusnya Dasco meminta agar rakyat Indonesia tidak mengutuk peminat One Piece.

“Tak perlu nak buat cerita menyalahkan peminat One Piece sebagai cuba menjatuhkan kerajaan. One Piece ini manga yang sudah puluhan tahun wujud bersama sama generasi muda kita.

indoi

“Ada seorang staf saya anaknya sudah tiga, dia juga mengakui bahawa dirinya Nakama (istilah untuk penggemar One Piece),” ujar Dasco lagi.

Kibar bendera One Piece boleh dikenakan tindakan

Salah seorang menteri di Indonesia memberikan amaran bahawa, tindakan akan diambil kepada mereka yang mengibarkan bendera One Piece atas alasan provokasi.