Bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyatakan beliau akan sentiasa memberi sokongan terhadap bekas pasukannya dan juga pemilik pasukan, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Mora berkata demikian kepada 433Malaysia selepas beliau terlibat dalam satu perlawanan persahabatan antara JDT yang dibarisi oleh TMJ, staf kejurulatihan dan beberapa bekas pemain yang turun menentang stesen radio nombor satu negara, HOT FM baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Mora, kehadirannya hanya untuk memenuhi jemputan bagi beraksi dalam pasukan JDT dan bukannya untuk kembali bersama pasukan itu seperti khabar angin yang beredar di media sosial ketika ini.

“Beliau menyatakan kegembiraan setelah sekian lama meninggalkan JDT dan kini kembali ke sini walaupun dengan hanya sekadar bermain satu perlawanan persahabatan bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) , para pemain serta staff JDT.

“Tambahnya lagi , kehadiran beliau ke JDT tidak membawa maksud apa-apa kerana ianya hanya sekadar percutian sahaja. Beliau turut menyatakan bahawa akan menyokong segala projek JDT & TMJ sepanjang hayat beliau,” dipetik dari kenyataan 433Malaysia.

Benjamin Mora meninggalkan JDT pada Julai tahun lalu dimana pihak kelab bersetuju untuk melepaskan jurulatih dari Mexico itu bagi menyelesaikan urusan peribadi.

TMJ kemudiannya mendedahkan sebab utama mengapa beliau melepaskan Mora dengan menyatakan jurulatih itu sedar bahawa masanya bersama kelab sudah tamat.

“Apabila dia rasa masa sudah tamat, apabila dia tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dan respon daripada pemain adalah lain terhadap dia, maka ia adalah masa yang sesuai untuk dia berhijrah.

“Kita sudah ada persetujuan dimana pasukan melepaskan dia kerana kita perlu seorang ketua jurulatih yang boleh menjaga kestabilan pasukan. Pemain perlu seorang jurulatih yanh boleh memberikan arahan, hormat dan juga menjaga kestabilan bilik persalinan,” kata TMJ.