Terkadang kita perlu memikirkan solusi diluar kotak apabila berada dalam situasi cemas. Siapa sangka servis Grab yang sinonim dengan penghantaran makan atau e-hailing, kini digunakan dengan cara yang unik.

Pengalaman unik ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang mana dikatakan sahabatnya menggunakan servis Grab untuk mengejutkan ahli keluarga pada pagi Ahad lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://twitter.com/ennietrando/status/1677976083415834625?s=46&t=He3ChCqRX5E25g8hKPKVRw

Difahamkan kawan wanita ini berada di luar kawasan tetapi masih perlu menghantar anaknya ke kelas pada hari Ahad lalu. Bagaimanapun, suaminya mungkin terlajak tidur sekaligus gagal berbuat sedemikian.

Beliau kemudian membuat panggilan beberapa kali ke rumah tetapi gagal. Jadi, beliau mengambil langkah di luar kotak yang mana menggunakan servis Grab hanya untuk mengejutkan suami dan anaknya supaya boleh hadir ke kelas tersebut.

Sumber Gambar: Twitter @ennitrando

Abang Grab yang ditempah sedia menyampaikan mesej kepada anaknya selepas berjaya mengejutkan mereka dengan membunyikan loceng pintu di rumah.

Netizen pula memuji akan tindakan kreatif wanita itu dalam menyelesaikan masalah tersebut dan tidak lupa juga kepada abang Grab yang memberikan servis yang mantap.

Tidak hairanlah jika ramai orang yang menggelarkan abang rider sebagai hero kerana sentiasa membantu masyarakat walau di mana jua.