Terkadang kita perlu memikirkan solusi diluar kotak apabila berada dalam situasi cemas. Siapa sangka servis Grab yang sinonim dengan penghantaran makan atau e-hailing, kini digunakan dengan cara yang unik.
Pengalaman unik ini dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang mana dikatakan sahabatnya menggunakan servis Grab untuk mengejutkan ahli keluarga pada pagi Ahad lalu.

Baca Juga:
- ‘Bukan Senang Nak Cari Duit’ – Rider Sedih Pembeli Bayar Makanan Guna Duit Buruk
- Kagum ‘Rider’ Tidak Larikan Diri Selepas Kemalangan, Pemandu MPV Mewah Tidak Jadi Minta Ganti Rugi
https://twitter.com/ennietrando/status/1677976083415834625?s=46&t=He3ChCqRX5E25g8hKPKVRw
Difahamkan kawan wanita ini berada di luar kawasan tetapi masih perlu menghantar anaknya ke kelas pada hari Ahad lalu. Bagaimanapun, suaminya mungkin terlajak tidur sekaligus gagal berbuat sedemikian.
Beliau kemudian membuat panggilan beberapa kali ke rumah tetapi gagal. Jadi, beliau mengambil langkah di luar kotak yang mana menggunakan servis Grab hanya untuk mengejutkan suami dan anaknya supaya boleh hadir ke kelas tersebut.

Abang Grab yang ditempah sedia menyampaikan mesej kepada anaknya selepas berjaya mengejutkan mereka dengan membunyikan loceng pintu di rumah.
Netizen pula memuji akan tindakan kreatif wanita itu dalam menyelesaikan masalah tersebut dan tidak lupa juga kepada abang Grab yang memberikan servis yang mantap.
This is…. So warm. Its a weird request but it comes from a responsible mother, the abang grab also instead of denouncing it, take the request well and performed excellent service.
— Liyana Yasmin Sinaga (@LYSinaga) July 9, 2023
last time minta bantuan rider foodpanda belikan petrol. kereta habis minyak tgh jalan
— سوحايمي أشؤد سوحايلي (@ASHWAD919) July 9, 2023
5 star service for the abang Grab!
— אווה (@xbluemingmoonx) July 10, 2023
A mother always have a ways to solve problem
— SoImRina (@RinaIsmail4) July 11, 2023
Tidak hairanlah jika ramai orang yang menggelarkan abang rider sebagai hero kerana sentiasa membantu masyarakat walau di mana jua.