Polis Johor mengesahkan bahawa seorang kanak kanak bersuai 9 tahun nekad mengelar adiknya sendiri kerana berang 1 juta point yang dia miliki dalam akaun permainan video Roblox telah hilang.

Kelmarin, seorang kanak kanak lelaki berusia 6 tahun cedera parah kerana dikelar dan ditikam abangnya sendiri dalam kejadian yang berlaku di Batu Pahat – lapor Bernama.

Pada pagi Isnin kira kira 5.30 pagi mangsa dalam keadaan parah apabila lehernya dikelar dengan objek tajam.

Menyedari kejadian itu, ibunya segera mengejarkan anaknya ke hospital dan kemudian membuat laporan polis.

Polis tidak menolak kemungkinan bahawa pengaruh permainan video menjadi punca kepada kes tersebut.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati suspek sangat marah apabila telefon bimbit miliknya dirosakkan oleh mangsa yang membuatkan dia kehilangan 1 juta point Roblox yang ada di dalamnya.

Ab Rahman berkata: “Motif masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati abang mangsa berkemungkinan mencederakan adiknya selepas permainan Roblox yang dimainkan terganggu dan semua ‘point’ yang dikumpulnya hilang.

“Suspek dipercayai mengalami halusinasi pada waktu malam akibat pengaruh permainan itu dan seolah-olah diarahkan untuk mencederakan ahli keluarganya, sebelum bertindak menyerang adiknya sendiri menggunakan pisau yang terdapat di dalam rumah.”

Polis juga mengesahkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk
mendapatkan keterangan daripada mangsa yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, ini untuk mengesahkan kejadian tersebut

Polis turut menahan reman ibu bapa kanak kanak tersebut untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Ibu bapa mereka ditahan kerana dipercayai mengetahui tentang kejadian tersebut. Namun siasatan masih di peringkat awal dan tumpuan kini adalah menyoal siasat ahli keluarga,” kata beliau lagi.

Sementara itu mangsa dan abangnya (suspek) ketika ini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memandangkan pihak polis tidak mempunyai bidang kuasa untuk menahan mereka seperti pesalah lain.

Ab Rahman turut menegaskan bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bagi menentukan tindakan selanjutnya.

Selain itu mangsa juga dikatakan sudah berada dalam keadaan stabil.

@buletintv3

Kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dikelar abang di Batu Pahat, Johor kelmarin dipercayai akibat pengaruh permainan video dalam talian. BuletinTV3 Johor Kelar PermainanVideo

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3