Setiap kali masuk bulan Ramadan, pastinya Jalan Tun Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR sarat dengan para pengunjung. Menawarkan seleksi pakaian, barangan serta aksesori membuatkan Jalan TAR tidak pernah sunyi dengan para pembeli.
Meskipun sudah dimaklumkan para peniaga perlu mendapatkan lesen untuk berniaga di Jalan TAR, masih terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan untuk berniaga secara haram.
Baca Juga:
- Ambil Untung Atas Angin Berlipat Kali Ganda, DBKL Siasat ‘Ayahanda’ Bazar Ramadan
- DBKL Dan MPS Sita Barang Rohingnya Berniaga Tanpa Lesen Selepas Tular Video Pasar Selayang ‘Dijajah’
Hal ini secara tidak langsung memberi ketidakadilan buat para peniaga yang terpaksa berbelanja besar dalam mendapatkan lesen demi dapat menjalankan perniagaan secara sah.
Terbaharu, tular sebuah video yang menyaksikan para peniaga lari lintang pukang membawa barangan berniaga mereka yang terdiri daripada air balang dan kacang rebus sejurus melihat anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tampil membuat rondaan.
Bincangkan. pic.twitter.com/iCpdJoPXnd
— keem (@AkeemSharyzal) April 3, 2023
Kesian, tapi tula peniaga lain bayar tapak. Apa pendapat korang? pic.twitter.com/9NaTelFgtp
— keem (@AkeemSharyzal) April 2, 2023
Sementara itu, terdapat juga para peniaga yang ditahan pihak DBKL di mana barangan perniagaan mereka telah disita. Keadaan menjadi lebih panas pada malam tadi apabila terdapat para peniaga haram yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila barangan mereka disita.
Lebih mengeruhkan keadaan, mereka turut membuat provokasi kepada pihak DBKL dengan memaklumkan mereka tidak ramai namun sedia untuk berlawan. Bukan itu sahaja, peniaga haram ini turut memetik isu kaum Melayu dalam membantah tindakan DBKL menyita barangan perniagaan mereka.
@malaysiagazette Situasi menjadi kecoh apabila pihak DBKL telah merampas barang milik peniaga yang dikatakan tidak mempunyai lesen yang sah untuk berniaga di kawasan Jalan Tar sempena bazar Aidilfitri. Video: Orang Awam #malaysiagazette #mgnews #bazaraidilfitri #jalantar #DBKL #dbklrampas
β¬ Dari jauh ku pohon maaf – κ§ πΉ.πππ_πΆπππππππ κ§
Tindakan yang dibuat seolah berada di pihak yang benar ini sekaligus telah mendapat perhatian para netizen yang rata-ratanya tidak setuju dengan apa yang dilakukan peniaga haram ini.
Orang ramai turut berterima kasih kepada pihak DBKL yang tegas mengambil tindakan dalam menghalang peniaga haram ini terus berniaga.
Sementara itu, terdapat juga netizen yang memaklumkan DBKL akan membuat rondaan atau sitaan sekiranya menerima laporan terdapat peniaga haram di sesebuah kawasan.