Jika sebelum ini, pergaduhan sering berlaku angkara mulut, kita siapa sangka jari yang menekan telefon pintar antara yang menjadi punca pergaduhan.
Terbaharu, tular sebuah pergaduhan di sebuah restoran Jalan Pandan Indah melibatkan dua kelab motosikal yang berpunca daripada sindir-menyindir di media sosial.
Baca Juga:
- Tular Video Wanita Kena Gangguan Seksual Di Stesen LRT, Netizen Persoalkan Keberadaan Polis Bantuan
- Tidak Hadir Ke Sekolah Selama 4 Tahun, Guru Dibuang Kerja Berjaya Dapat Semula Jawatan
Dilaporkan kejadian berlaku pada jam 10 malam semalam memperlihatkan dua ‘geng’ dipercayai berkumpul berdekatan kedai sebelum berlakunya pergaduhan.
Tempat Kejadian:
Restoran Raj Maju Jalan Pandan Indah 4/33 Pandan Inda, Kuala LumpurPada 01/08/2023 jam L/kurang 11 malam
Bersedia untuk gelak ….puncanya..:
Hasil soalsiasat awalan terhadap semua OKT dapati punca pergaduhan berpunca daripada media social (Tik Tok) berkenaan… pic.twitter.com/yCOKczpky8
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 2, 2023
Menerusi rakaman video berdurasi 30 saat yang tular menunjukkan pergaduhan antara dua kumpulan.
Menurut sumber, kejadian dipercayai berpunca daripada sindiran di media sosial mengenai rancangan menggabungkan dua kumpulan kelab motosikal.
“Mereka dikatakan tidak puas hati lalu mengadakan pertemuan di restoran itu sebelum berlakunya pergaduhan.
“Setakat ini, polis telah menahan lapan individu berusia antara 19 hingga 33 tahun yang disyaki terbabit pergaduhan,”. Beberapa suspek yang masih bebas juga sedang giat dikesan polis.