Sebuah video dashcam yang dikongsikan oleh seorang pemandu e-hailing tular di media sosial memaparkan situasinya berdepan enam orang pelajar dari universiti tempatan yang telah menempah kenderaan dengan ‘4 seater’.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat para pelajar tersebut duduk berhimpit di dalam kenderaan bagi memuatkan mereka berenam walaupun hanya memesan kenderaan ‘4 seater’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@safrah699

budak2 UM ni mana boleh nak msk 6 orng dlm keta kan dh kena cancel dkt university belajar apa benda basic pun tak tahu.. #ehailing

♬ original sound – safrah699 – safrah699

Oleh itu, pemandu e-hailing tersebut telah menegur kesemua pelajar terbabit bahawa kenderaannya tidak boleh memuatkan pelanggan seramai enam orang dan meminta mereka untuk keluar.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung video terbabit.

Malah, dilihat para netizen bersetuju dengan tindakan diambil oleh pemandu e-hailing tersebut serta mempersoalkan tindakan pelajar-pelajar terbabit.

Bukan itu sahaja, jika pemandu e-hailing itu mengambil bilangan pelanggan yang melebihi muatan yang ditetapkan undang-undang, maka pemandu tersebut berdepan risiko untuk dikenakan tindakan undang-undnag oleh pihak berkuasa.

Malah, para netizen turut bersependapat bahawa bahaya jika terlebih muatan kerana akan meningkatkan risiko kecederaan.