Sudah menjadi tanggungjawab buat orang awam untuk tidak mengambil hak orang lain. Hal ini turut tertakluk kepada parkir OKU yang dikhaskan buat golongan OKU sahaja.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila kecoh di pejabat pengurusan parkir sebuah hospital awam apabila seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati selepas mendapati keretanya dikunci.
Katanya sebab kereta kena kunci kerana parking kat tempat OKU….info penuh belum ada…. pic.twitter.com/y79fIB31GK
— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 21, 2023
Menerusi TikTok @raguchandragunasegaran, lelaki ini telah memuat naik sendiri video beliau bertikam lidah dengan pihak pengurusan parkir hospital dalam menjelaskan situasi beliau.
Difahamkan lelaki ini memaklumakan mengalami kecemasan melibatkan kematian ahli keluarga. Hal ini membuatkan beliau memilih untuk parkir di tempat OKU meskipun tidak layak untuk parkir di tempat tersebut.
Tindakan lelaki ini telah membuatkan kereta beliau dikunci oleh pihak pengurusan sekaligus dikenakan denda sebanyak RM50 di mana beliau perlu menjelaskannya di pejabat pengurusan.
Berang kereta dikunci, beliau tampil ke pejabat pengurusan sambil serta menjelaskan situasi yang berlaku di mana pihak pengurusan dilihat tidak mengendah aduan beliau.
Video yang dimuat naik lelaki ini telah mendapat perhatian para netizen yang tidak bersetuju dengan tindakannya. Rata-rata netizen berpendapat lelaki ini sepatutnya membayar saman serta harus mengakui kesalahan yang dibuat.
benda salah tetap salah, kau bayar jela denda tu. nak kecoh satu dunia kenala? alamak https://t.co/cpyHqCSbcW
— shxzwn (@wannmox) June 22, 2023
Dah tau salah bayar jelah 50 tu😠https://t.co/M1wgkHAp9b
— paci 👽 (@twt_fasyi) June 22, 2023
Kahkahkah siap tunjuk muka lambai² buat peace lagi 🤣. Parking kat OKU tapi takda kad OKU https://t.co/204cJ7XXC5
— HA (@haziqasyrf) June 22, 2023
Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta tidak parkir di tempat OKU sekiranya tidak layak kerana secara tidak langsung bakal mengambil hak golongan yang sepatutnya.
Menggunakan alasan kecemasan di hospital dilihat sebagai sebab yang tidak wajar memandangkan hospital sememangnya dipenuhi dengan individu yang tidak sihat.