Bekerja di industri ‘food & beverage’, retail dan perkhidmatan pelanggan bukanlah mudah kerana perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.
Terbaharu, beberapa video yang memaparkan situasi pelanggan mengamuk di sebuah kedai kopi terkenal, Zus Coffee telah menjadi bualan ramai apabila video TikTok itu dikongsikan kembali di media sosial.
Baca Juga:
- Gara-Gara Salah ‘Pin Location’, Rider Lepas Geram Tendang Pintu Pejabat Pelanggan
- Tular Jual Rakaman CCTV Pelanggan Di ‘Fitting Room’ Butik Terkemuka, Polis Sedia Jalankan Siasatan
- ‘Cukuplah Perbodohkan Orang’ – Barista Starbucks Ini Jelaskan Menu Viral Punca Pelanggan Jadi Keliru
Tak malu ka nak mengamuk tengking2 buat kecoh kat dalam store semata-mata secawan americano mcm ni? Orang dah explain, tetap jugak nak kata dia yang betul. Kesian yang kerja f&b kadang2 kena layan customer dari neraka macam ni. Haish. My anger issues could never layan jenis ni🤬 pic.twitter.com/KdVRQ0sE7a
— ALAN (@IniAlalalannn) January 24, 2023
Menerusi video tersebut, pelanggan itu telah membeli Americano panas dan mempersoalkan saiz cawan yang diterimanya dengan nada marah. Oleh itu, supervisor kedai kopi itu telah menerangkan secara baik dan meminta maaf kepada pelanggan tersebut dengan menegaskan memang hanya miliki 1 saiz cawan sahaja.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen ‘backup’ wanita itu dengan mengatakan mereka faham akan perasaannya serta memintanya untuk bersabar kerana memang pelanggan memiliki pelbagai ragam.
Thinking abt the time someone came to London Sandwich Co and ordered an espresso and got mad that “it’s so small” and “why no milk” https://t.co/nIyfPt0CAL
— plain jane (@encmym) January 25, 2023
hahaha this video triggers unwanted memories, wkwkwkw I could only smile and serve other costumers 💀 https://t.co/QW47MH9BgT
— Hafizah 🇵🇸 (@hafizahrzk) January 24, 2023
People talk to f&b employees or any customer service staffs like they have no feelings whatsoever these days https://t.co/EmZ0064H29
— Wan Nur Syaira (@WanNurSyaira) January 24, 2023
https://twitter.com/missailormars/status/1617899234539474947
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan memang setiap kedai kopi mempunyai SOP sendiri dan tidak semua sama. Bagi mereka yang pernah beli minuman di Zus Coffee, pasti tahu saiz cawan memang sama dan standard.
Malah, rata-rata netizen juga memuji kesabaran wanita itu berdepan dengan pelanggan tersebut. Hasil tinjauan kami mendapati, pemilik asal video tersebut telah bertindak memadamkan video itu.