Dunia bola sepak tanah air dikejutkan dengan insiden melibatkan tiga pemain terkemuka, Akhyar Rashid, Faisal Halim dan terbaharu adalah Safiq Rahim yang menjadi mangsa jenayah.

Kejadian tragis ini, yang melibatkan pencerobohan dan serangan ke atas kedua-dua pemain, telah menimbulkan keprihatinan yang mendalam di kalangan masyarakat.

Baca Juga:

Serentak dengan kejadian ini, suara-suara yang menuntut sistem keselamatan yang lebih baik bagi melindungi figur-figur penting dalam masyarakat semakin kencang.

Salah satu pendekatan yang diusulkan adalah penggunaan pengawal peribadi bagi memastikan keselamatan pemain bola sepak, terutamanya bintang-bintang kebangsaan.

Menurut laporan Majoriti, terdapat beberapa syarikat-syarikat seperti RSS Security Sdn Bhd dan Grandpride Sdn. Bhd, yang menawarkan perkhidmatan pengawal peribadi atau ‘bodyguaard’ yang fleksibel dan terjamin dengan harga yang munasabah.

RSS Security Sdn Bhd memperkenalkan RSS Go Guard pada tahun 2021, yang menawarkan perkhidmatan pengawal peribadi pada kadar serendah RM90 untuk enam jam pengawalan.

Manakala Grandpride Sdn. Bhd. menawarkan pakej berharga RM440 untuk lapan jam pengawalan, memberi pilihan yang berbeza kepada individu atau organisasi yang memerlukan perkhidmatan keselamatan.

Tidak hanya itu, syarikat-syarikat seperti Dextforce Sdn. Bhd juga menawarkan perkhidmatan pengiring dan pengawal peribadi dengan pilihan bersenjata dan tanpa senjata, pada harga di bawah RM20 untuk satu jam seorang, memberi lebih banyak fleksibiliti kepada pelanggan mereka.