Influenceer berbelanja RM1.5 juta untuk baju raya seisi keluarga. Perkara itu didedahkan influencer bernama Prince Syed itu kepada mStar.
Menurut Prince Syed, dia menyediakan 30 pasang baju raya buat isterinya sahaja untuk dipakai selama 30 hari. Isterinya juga akan memakai 30 beg tangan baharu dan 30 pasang kasut baharu.
Berbelanja RM1.5 juta untuk baju raya sahaja
Oleh sebab itu Prince Syed yakin dia dan isterinya baru sahaja mencipta rekod dunia untuk baju raya termahal dalam sejarah.
Dia berkata kepada mStar: “Untuk raya tahun ini, saya sediakan 30 helai baju raya buat isteri yang akan dipakai sepanjang 30 hari. Ia termasuk 30 beg tangan dan 30 pasang kasut.
“Secara keseluruhannya kos dalam RM1.5 juta. Saya rasa ini baju raya termahal dalam dunia. Kali ini ‘terpelanting’ semua orang.
“Tapi kos ini turut merangkumi baju dan aksesori saya serta dua anak kami yang berusia enam dan dua tahun,” tambah Prince Syed.

Prince Syed menambah, kesemua busana raya kali iini dihasilkan oleh mereka sendiri. Dan ianya mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan.
Prince Syed menjahit sendiri baju baju raya ini di butik miliknya. Sementara stafnya pula menguruskan baju raya ditempah oleh pelanggan.
Apa yang menjadikan persalinan baju raya isterinya mahal adalah kerana dihias dengan barang kemas Swarovski yang dibeli dari Austria.
Dia menafikan bahawa dia sedang membazir dengan berbelanja RM1.5 juta untuk baju raya.
Ini kerana menurutnya, baju baju lama isterinya akan mereka jual. Sama juga dengan baju raya tahun ini, ia akan dijual juga suatu hari nanti untuk tujuan kebajikan.
Prince Syed turut memberitahu wartawan bahawa dia dan isterinya akan terbang ke Indonesia selepas ini untuk menemui peminat di sana.