Influencer Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah menarik perhatian ramai apabila menggayakan baju raya tema Barbie untuk menziarah kubur pada Hari Raya.

Prince Syed mendedahkan dia membelanjakan RM4,000 untuk 4 pasang baju Barbie.

Baca Juga:

Bercakap kepada Kosmo Online, Prince Syed berkata: “Pakaian raya yang semua orang nantikan dari kami, Barbie adalah tema raya kami untuk tahun 2024. Alhamdulilah, ‘simple’ je baju kami anak beranak kali ini.”

Syed turut melancarkan lagu raya sebagai hadiah kepada peminat dan pengikutnya. Lagu tersebut berjudul ‘Tiberr Raya’.

Dia menulis di IG: “Simple jer baju kami anak beranak kalini , dan istimewa untuk semua followers kami, ini adalah hadiah buat semua iaitu lagu raya Single Pertama lagu raya dari kami berjudul ‘ TIBERR RAYA’ untuk semua raya ni, harap semua suka dan terhibur , tahun ni kami beraya di Gerik.”

Dia berharap semua orang suka dengan lagu tersebut.

Fesyen raya Syed dan keluarganya itu mendapat banyak kritikan daripada netizen. Ianya dianggap tidak sesuai untuk digayakan pada Hari Raya Aidilfitri. Terutama sekali ketika menziarahi kubur.

Ada yang menasihati Syed memakai baju Melayu sahaja untuk Raya.

Sambil yang lain meluahkan kerisauan mereka kepada trend seperti ini yang boleh mempengaruhi orang lain di masa akan datang.

Ada juga yang berkata: “Ni kalau datang beraya ke rumah aku, memang aku tutup balik pintu.”