Polis telah menahan 4 individu termasuk ibu bapa mentua pempengaruh media sosial terkenal Prince Syed.

Ini berikutan berlaku perselisihan faham dalam kejadian di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, semalam – lapor Buletin TV3.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintendan Kamalariffin Aman Shah, mengesahkan bahawa, seorang lelaki berusia 33 tahun telah membuat laporan polis pada 2.40 petang semalam.

Dipetik dari sumber yang sama, Kamalriffin berkata: “Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.

“Susulan kejadian itu, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.”

Beliau turut mengesahkan bahawa ibu bapa kepada isteri Prince Syed antara 4 individu yang ditahan.

Pada ketika ini pegawai penyiasat sedang menyiapkan kertas siasatan untuk dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Orang ramai yang memiliki maklumat tentang insiden tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 untuk membantu siasatan.

Semalam tular satu video di media sosial melibatkan pasangan warga emas mahu berjumpa Prince Syed dan meminta dia bertanggungjawab ke atas anak mereka yang merupakan isteri Prince Syed.

Pasangan tersebut mendakwa Prince Syed telah mempergunakan anak mereka kerana mahu melihat isterinya itu kurus. Pasangan tersebut yang juga ibu bapa mentua Prince Syed menuduh dia memukul isterinya sehingga cedera di beberapa bahagian badan.

Ibu mentua Prince Syed turut menuduh dia melarang  mereka untuk melawat atau berjumpa dengan anak mereka.

@ohbulanofficial

usahawan terkenal, Prince Syed, kembali menimbulkan kontroversi setelah tular dakwaan mengejutkan berkaitan isterinya, Fatin Syazwani, yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di wad hospital. Menurut ahli keluarga Fatin, isterinya itu dipercayai menjalani pembedahan potong usus yang dikaitkan dengan promosi produk ubat kurus milik perniagaan Prince Syed. Sumber: xmhmmdhsm #ohbulan #princesyed

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Prince Syed kemudian tampil membuat laporan polis menafikan tuduhan tersebut yang dianggap satu fitnah. Dalam laporannya dia turut mendakwa 4 individu yang dikenalinya telah menyerang dia di hadapan kediaman rumah kakaknya.

Prince Syed turut mendakwa mereka telah memukul kepalanya dengan topi keledar beberapa kali dan kemudian menumbuk mukanya.

Pada hari ini isteri kepada Prince Syed menafikan suaminya menjadikannya tikus makmal untuk menjual produk pelangsing. Menurut isterinya, dia membuat pembedahan bariatrik atas kehendaknya sendiri. Dan meminta semua pihak menghentikan kecaman ke atas Prince Syed.

Isteri ‘Influencer’ Tampil Pertahankan Suami: ‘Jangan Serang Syed, Saya Yang Nak Bariatrik’