Di TikTok, banyak trend untuk mereka yang memiliki pasangan dan banyak orang mengikuti trend-trend yang ada untuk dijadikan konten bersama pasangan.

Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsikan kembali pengguna Twitter menunjukkan isteri menyiapkan suami memakai pakaian ketika hari raya.

Baca Juga:

Menerusi video itu juga, dapat dilihat pasangan tersebut menayangkan kemesraan secara keterlaluan dan juga bercumbu serta dilihat tidak sesuai untuk ditayangkan di media sosial.

Video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa kurang senang melihat kemesraan berlebihan yang ditunjukkan pasangan suami isteri terbabit.

https://twitter.com/azylahhhh/status/1658217433008865281

Malah, para netizen bersependapat bahawa konten tersebut tidak sesuai untuk tatapan umum dan segelintir netizen memberikan komen sinis serta menyindi pasangan tersebut.