Pertama kali ke Mabul, Puan Aliaa Amirah teruja menceritakan pengalaman beliau. Menurut Aliaa soalan yang paling banyak diterima adakah Mabul selamat untuk dikunjungi?
“Eh, tak takut ke kena culik dengan lanun?” “Selamat ke nak pergi sana?”
“Come on guys. Mabul Island is SAFE! Malahan setiap hari ada saja askar yang datang berkawal di kawasan Mabul ni. Mereka jalankan tugas untuk kawal bahagian sempadan. Dont worry, we are safe here” – Aliaa.
Aliaa ke Mabul berdua dengan suami bagi meraikan ulangtahun ke 3 perkahwinan mereka. Pakej yang diambil adalah 3 hari di Mabul dan 2 hari di Semporna.
Untuk ke Mabul, boleh ambil penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau. Disebabkan Aliaa ke Mabul melalui pakej yang ditempah dengan Adli Ayob (pengendali pakej pelancongan di Mabul), Aliaa telah dijemput oleh Adli di lapangan terbang, dan dihantar terus ke Semporna. Dari Semporna mereka dibawa ke Mabul dengan menaiki speedboat (bot laju).
“Di Mabul kami menginap di Bilabong Scuba. Kami bayar lebih sikit untuk dapatkan bilik mengadap laut. Di sini kami dikenalkan dengan Nirzan Alai. Alai adalah instruktor / guide untuk aktiviti snorkeling.
Alai ajar kami bagaimana untuk yakin masa berada dalam air sampai kami tak payah pakai lifejacket. Malah kami juga dapat buat skindiving. Wuuhuu.”




Aliaa juga memaklumkan tak perlu risau tentang makan. Mereka dihidangkan makanan 3 kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam.
“Di antara waktu makan, kitorang boleh pergi je kat dining area tu dan buat air milo, teh, nescafe dan ada disediakan roti dan biskut. Boleh makan sampai puas berapa banyak kali pun. Its free at Billabong Scuba. Makanan yang aku bawa konon-konon untuk bekal masa lapar memang tak termakan pun. Semua aku bagi kat Bajau Laut saja” – Aliaa.
“Alai bawa kami jalan-jalan di keliling Pulau Mabul. The best part is Alai is a good photographer. Tak payah nak bawak selfie stick. Alai yang tolong ambilkan gambar yang cantik-cantik. Kebanyakan gambar kami diambil oleh Alai”.
Baca: 11 Perkara Tentang Selam Skuba Yang Anda Patut Tahu Sebelum Melakukannya





“Kemudian balik semula ke Semporna. Kat Taman Marin Tun Sakaran, Abang Adli sendiri yang guide kitorang kat sana. Weh, yang ni wajib kena pergi. Hiking 600m (2000 kaki) kat Bohey Dulang Island untuk dapatkan view yang Subhanallah sangat cantik.
Kemudian sambung snorkeling di Mantabuan Island and Sibuan Island. Ikan kat sini besar-besar tapi manja sangat. Siap boleh belai-belai ikan masa fishfeeding tu.
Di Semporna, kami dapat makanan laut untuk makan malam selama 2 malam berturut-turut. Jangan risau, yang ini dah termasuk dalam pakej. Kita cuma pergi makan saja. No extra payment and no hidden cost.”









“Yang aku bayar selain daripada yang terdapat dalam pakej adalah tiket penerbangan dan tambahan sesi snorkeling dan skindiving. Snorkelling dalam pakej ni ada 5 kali (3 kali kat Mabul Island, 1 kali kat Mantabuan Island and 1 kali kat Sibuan Island).
Kami tak puas 3 kali saja snorkeling di Mabul. Jadi tambah 1 sesi snorkelling lagi. Bila dah rasa gian nak skindiving, 5 kali snorkeling pun rasa tak cukup.
Pastikan korang bawa GoPro atau mana-mana action cam dan jangan takut air laut” – Aliaa.
Aliaa juga sempat berpesan agar berhati-hati dengan pakej pelancongan ke Mabul yang ditawarkan di internet kerana ada diantaranya adalah pakej scam. Malahan ada mangsa yang telah sampai ke lapangan terbang Tawau, namun bila mereka cuba hubungi ejen, telefon tidak dijawab walaupun bayaran penuh telah dibuat.
Pendek kata, jangan mudah percaya jika ejen meminta agar duit tempahan pakej dimasukkan ke akaun peribadi. Sebaliknya bayaran tempahan hendaklah dibuat ke akaun syarikat.
Selain daripada Bilabong Scuba, anda juga boleh semak pilihan penginapan lain di Agoda.com dan di HotelsCombined.com.
Baca lagi: Tip Dan Itinerari Travel Ke Semporna Dan Mabul Sabah Selama 6 Hari