Malbatt: Misi Bakara yang menelan kos RM20 juta ini menjadi taruhan buat Adrian Teh dalam memperlihatkan kisah benar tentang operasi tentera Malaysia pada tahun 1993. Dalam masa yang sama, filem ini perlu bersaing dengan filem antarabangsa lain yang turut ditayangkan pada bulan ini.
Menerusi laporan terkini, filem Malbatt: Misi Bakara berjaya mencatat kutipan sebanyak RM4.5 juta dalam masa dua hari sahaja.
Baca Juga:
- Filem Pulau Muncul Sebagai Karya Malaysia Dengan Kutipan Tertinggi Di Kemboja
- Berjaya Atasi Filem Fast X, Polis Evo 3 Kaut RM3.4 Juta Pada Hari Pertama Tayangan
- Filem Anwar: The Untold Story Berjaya Raih Kutipan RM1 Juta Pada Hari Pertama Tayangan
Bront Palarae selaku pelakonnya meluahkan rasa syukur dengan sambutan penonton terhadap filem yang mula ditayangkan sejak Khamis lalu itu.
“Alhamdulillah, semuanya sokongan penonton. Apa yang lebih positif adalah melihat ‘posting’ (hantaran) di Instagram oleh mereka yang sudah menonton filem ini.
“Itulah semangat seluruh pasukan produksi ketika proses penggambaran sebelum ini,” katanya.
Bront berkata, cerita itu penting untuk ditonton seluruh rakyat Malaysia kerana mesejnya.
“Ia menceritakan mengenai anggota tentera kita di peringkat antarabangsa. Kita juga berbangga dengan sumbangan mereka di luar negara,” katanya.
Bront juga berharap filem ini akan dinikmati dan ditonton seluruh rakyat Malaysia. Beliau turut mengajak orang ramai untuk sama-sama menonton dan memberi sokongan pada filem ini.
Dalam pada itu, beliau menyatakan sudah buat sehabis baik dalam menjayakan filem tersebut dan selebihnya serahkan kepada penilaian penonton untuk menilai hasilnya di pawagam.
Untuk makluman, filem itu berdasarkan kisah benar mengenai operasi anggota Batalion Malaysia (Malbatt) membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat (AS) yang terperangkap ketika perang saudara di Somalia pada 1993.