Sebelum ini, kita dikejutkan dengan beberapa hotel di Malaysia yang ditutup berikutan tiada keuntungan akibat penularan wabak pandemik COVID-19.

Nampaknya, hotel besar seperti Genting Malaysia turut terkesan dan mengalami kemerosotan perniagaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengawal penularan wabak COVID-19.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Difahamkan, kesemua hotel resort dan kasino di Genting Highland dan resort di Langkawi dan Terengganu milik Genting telah ditutup sejak 18 Mac 2020 yang lalu. Langkah tersebut diambil oleh semua hotel di Malaysia sebagai usaha menyekat jangkitan wabak tersebut.

Eventis
Sumber: The Malaysia Reserve

Disebabkan kemerosotan perniagaan, Genting Malaysia Bhd dikhabarkan akan mengurangkan pekerja dan menstruktur semula operasinya. Menurut naib presiden kanan Genting, Quan Cher Siong berkata, syarikat itu perlu menstruktur semula operasinya di Malaysia dengan memberhentikan lebihan pekerja serta menawarkan skim pemberhentian kerja sukarela dan bersama.

Tambahnya lagi, operasi perniagaan Genting akan berdepan kesukaran dan cabaran ketika dimulakan semula untuk mencapai tahap keuntungan seperti sebelum tercetusnya pandemik tersebut.

Dalam laporan suku tahunan kepada pasaran saham pada Khamis, Genting Malaysia melaporkan kerugian bersih sebanyak RM417.96 juta akibat gangguan ke atas operasi perniagaannya di seluruh dunia.

Tidak dapat dinafikan bahawa industri pelancongan dan perhotelan yang pertama terkesan kerana COVID-19 serta industri terakhir yang akan pulih. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut tentang hotel yang terpaksa ditutup berikutan COVID-19.

Jazz Hotel Di Pulau Pinang Muncul Hotel Terawal Negara Ditutup Berikutan COVID-19

Selepas Jazz Hotel, G City Club Hotel Yang Beroperasi Selama 10 Tahun Pula Ditutup

Pemandu Pelancong Tempatan Luah Perasaan Hilang Punca Pendapatan Kesan COVID-19

Sumber