Tular sebuah video pergaduhan yang dipercayai berlaku di KB Mall, Kelantan melibatkan beberapa orang lelaki.
Dalam video tersebut, difahamkan bahawa kesemua mereka adalah peniaga di salah sebuah kedai di pusat beli belah terbabit.
Menurut ciapan wartawan, Mohd Redzuan Abdul Manap di laman Twitter, pergaduhan tersebut berlaku akibat perselisihan di antara dua pekerja dari kedai menjual telefon.
Berpunca dari tidak puas hati dan pertelingkahan 2 pekerja premis perniagaan telefon bimbit yang rebut pelanggan.
Menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di KB Mall, 9.30 malam tadi yang tular di Media Sosial.
7 individu ditangkap: KPD Kota Bharu
Video Tular👇 pic.twitter.com/z0ZX58pp1W
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) April 23, 2022
“Berpunca dari tidak puas hati dan pertelingkahan 2 pekerja premis perniagaan telefon bimbit yang rebut pelanggan.
Menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di KB Mall, 9.30 malam tadi yang tular di Media Sosial,” katanya.
Video itu kini tular di media sosial Instagram, Facebook dan Twitter. Netizen yang menonton video tersebut menyelar tindakan tersebut dan berharap kedua pihak menghormati bulan mulia ramadan.
Melalui ciapan Redzuan juga, difahamkan bahawa Balai Polis Kota Bharu telah bertindak menahan 7 individu yang dipercayai terlibat dengan pergaduhan tersebut untuk membantu siasatan.
Tular bergaduh guna senjata di pusat futsal, Isa Isarb tampil jelaskan perkara sebenar. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Tular Bergaduh Guna Senjata Di Pusat Futsal, Isa Isarb Tampil Jelaskan Perkara Sebenar
Adik Perempuan Ikut Kumpulan Bermotosikal Jadi Punca Gaduh Di Dataran Merdeka
Drama Jiran Bergaduh Tentang Seluar Dalam Siapa Berakhir Dengan Belanja Makan KFC