Selebriti dari seluruh dunia kini bertumpu di Paris untuk acara fesyen daripada jenama mewah terkemuka dunia.

Yuna turut berada di kota Paris untuk menyaksikan pertunjukan fesyen oleh jenama terkemuka Chanel. Pertamanya, beliau berkongsikan gambar dengan penyanyi Cardi B ini yang turut dijemput menghadiri pertunjukan fesyen tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/B3GAj69BcTW/

Namun, perkongsian gambar beliau bersama salah seorang penyanyi kumpulan BLACKPINK, Jennie pula yang menjadi tumpuan. Ramai yang memberi komen bahawa mereka sangat teruja jika Yuna dapat berkolaborasi dengan BLACKPINK untuk satu projek di masa akan datang.

Mendengarkan lagu-lagu baharu Yuna dalam album Rouge yang sudah menampilkan penyanyi antarabangsa seperti G-Eazy dan Tyler The Creator, tiada masalah jika kedua-dua artis mahu mencuba sesuatu yang baharu. Anda teruja jika kolaborasi ini jadi kenyataan?

Sebelum ini, Yuna menjadi artis tempatan pertama disambar agensi peragaan terkenal dunia, Wilhelmina Models serta rakaman video single ‘Forevermore’ di Perlis ini turut menjadi perhatian dunia.

Yuna Sah Sertai Agensi Peragaan Terkenal Dunia Wilhelmina Models

Tonton Muzik Video ‘Forevermore’ Daripada Yuna