Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski menganggap penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva mampu untuk menambah kualiti Harimau Malaya.

Memetik dari laporan Harian Metro, Peter melihat rekod jaringan pemain itu dalam saingan Liga Malaysia menjadi bukti bahawa beliau mampu untuk menambah sengat serangan pasukan negara.

Baca Juga:

Bergson Mampu Cipta Impak

“Bergson adalah pemain yang mempunyai potensi tinggi. Sebaik sahaja proses naturalisasinya selesai, dia pasti akan memberi impak besar kepada Harimau Malaya,” katanya.

Bergson
Sumber Gambar: JST

Sebelum ini, pemain kelahiran Brazil itu disebut sebagai salah satu pemain yang bakal menjalani proses naturalisasi berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik JDT iaitu Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.

“Saya sentiasa di sini kerana saya sentiasa berasakan ini adalah rumah saya. Saya sangat pasti bos (TMJ) akan mebuat keputusan yang bernas untuk kami. Saya mempercayainya dan sangat menyayangi negara ini,” katanya.

Selain penyerang kelahiran Brazil itu, seorang lagi pemain iaitu Manuel Hidalgo turut berada dalam perancangan untuk dijadikan pemain naturalisasi negara.

Bergson
Kredit Foto: JOHOR Southern Tigers & Sri Pahang FC

“Bergson boleh dinaturalisasikan sebagai langkah jangka pendek selepas genap 5 tahun di Malaysia, Hidalgo juga untuk jangka panjang, dan dengan pemain lain yang sedia ada.”

“Pemain JDT semua sudah bersedia. Jurulatih dan pengarah sukan baharu itu sedang mengumpul data mengenai pemain Malaysia dalam Liga Super dan mereka di luar negara,” kata Tunku Ismail.

Bergson membantu JDT memenangi semua kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia selain muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Super pada musim 2022.

Beliau turut mencipta gandingan yang baik bersama pemain seperti Arif Aiman yang mana dua pemain ini boleh meningkatkan kualiti jentera serangan pasukan negara.