Kita sering menyangka dengan mengenakan busana puluhan ribu akan tampak lebih bergaya dan ‘atas’ berbanding dengan orang ramai.

Realitinya, ia bukanlah seperti itu kerana jika kalau anda miliki aura atau figura tersendiri sudah pasti barang murah yang dipakai juga tampak mewah.

Perkara ini terbukti apabila gambar pemilik pasar raya Mydin iaitu Ameer Ali mengenakan baju batik berharga RM20 untuk tujuan promosi menjadi tular di platform X.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana baju batik mampu milik itu tampak premium seakan direka khas berharga puluhan ribu selepas dipakai oleh bos Mydin.

Susulan itu, orang ramai memuji akan penampilan bos Mydin yang tampil segak walaupun memakai baju butik berharga RM20 sahaja.

Malah, ramai bersetuju dengan kenyataan bahawa individu yang mempunyai aura atau figura ketokohan akan nampak premium walaupun menggunakan barangan murah.

Sumber Gambar: X
Sumber Gambar: X

Dalam masa sama, kita pun sedia maklum bos Mydin sangatlah merendah diri dan lebih gemar menggunakan barangan keluaran jenama pasaraya miliknya. Dengan ini, ia secara tidak langsung menjadi antara taktik marketing yang berkesan untuk menarik minat rakyat Malaysia kepadanya.