1. Harga minyak dijangka naik lagi

Pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan meramalkan harga minyak di Malaysia dijangka naik lagi dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang. Berdasarkan perkembangan ekonomi hari ini, terdapat 2 punca utama kenaikan harga minyak di Malaysia.

Pertama adalah disebabkan faktor kenaikan harga minyak mentah di negara kita, dan yang kedua adalah disebabkan kadar pertukaran nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat. Sehubungan itu, rakyat Malaysia dinasihati agar bersiap sedia berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Sumber laporan

2. Harga rawatan gigi sah naik bulan hadapan

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan caj rawatan gigi akan mula dinaikan bermula pada 1 Mac 2017. Kadar terkini ini dinyatakan dalam surat pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan Kementerian Kesihatan pada tarikh 26 Januari 2017.

Bagi perkhidmatan cabutan gigi yang dahulu dicaj RM1.00 akan dinaikan kepada RM15.00, manakala perkhidmatan mencuci gigi dinaikan daripada RM2.00 kepada RM55.00. Caj perkhidmatan tampalan pula meningkat daripada RM2.00 kepada RM25.00. Kenaikan harga terbaharu ini di antara RM14.00 sehingga RM53.00

Sumber laporan

3. Tan Sri Annuar Musa Digantung Tugas Dan Tampil Beri Keterangan Di SPRM Putrajaya

Jawatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) digantung serta merta pada 31 Januari 2017 yang lepas setelah satu mesyuarat tergempar diadakan. Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) juga digantung berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Tugas beliau akan dipangku Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob. Sehubungan itu, Tan Sri Annuar Musa hari ini tampil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat pada jam 9 pagi.

Sumber laporan

4. Mangsa banjir mula bersihkan rumah

Penduduk yang terjejas akibat banjir di daerah Muar, Johor hari ini dilaporkan sudah mula membersihkan kediaman masing-masing. Keadaan cuaca baik sejak minggu lalu menyebabkan keadaan banjir dan paras air di Sungai Muar kembali surut.

Penduduk yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir sejak 25 Januari lalu bagaimanapun mengakui, banjir kali ini tidak seteruk seperti yang berlaku pada tahun 2007.

Sumber laporan 

5. Chatime Malaysia guna bahan yang tidak diluluskan

La Kaffa selaku syarikat pemilik frencais Taiwan, yang terkenal dengan rangkaian jualan minuman Chatime telah membatalkan perjanjian dengan syarikat Malaysia Loob Holding dari terus membawa jenama itu di Malaysia.

Melalui satu pendedahan yang dibuat oleh La Kaffa dalam portal berita ‘Chanel News Asia’ menyatakan, Loob Holding menggunakan bahan mentah yang bukan sebahagian daripada resepi yang diluluskan. Tindakan ini adalah kesalahan yang serius dan mungkin boleh menjejaskan imej jenama itu.

Sumber Laporan