1. Rakyat tidak terbeban jika kerajaan jaga kebajikan rakyat

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan meluahkan rasa kesal terhadap ekonomi Malaysia yang digambarkan sebagai membebankan rakyat. Melalui ucapannya, beliau berkata “Saya menerima maklum balas keluhan rakyat berkaitan kenaikan harga petrol pada awal bulan ini ketika kos barang-barang keperluan semakin meningkat. Perkara ini mampu ditangani jika kerajaan lebih bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat”.

Beliau turut berpendapat bahawa rakyat tidak akan terbeban dengan kos sara hidup jika bernaung dibawah kerajaan yang tulus menjaga kebajikan rakyat. Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya berani bertekad serta bersatu hati melakukan perubahan yang sedang melanda dan merosakkan negara.

Sumber laporan

2. Penjawat awam terima rasuh direman 4 hari

Dua penjawat awan dan seorang pembantu pengurus syarikat swasta didakwa atas kesalahan bersubahat dan menerima rasuah bernilai lebih darim RM40,000 dikenakan tindakan reman selama 4 hari oleh Mahkamah Majistret Kuantan hari ini.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana lebih tinggi.

Sumber laporan

sumber gambar

3. Gunung Kinabalu membeku

Jika anda mendaki ke puncak Gunung Kinabalu ketika ini, anda berpeluang melihat sebahagian daripada low peak membeku. Ini kerana suhu sekitar sabah menurun sejak kebelakangan ini. Selain itu, permukaan pada kolam berdekatan puncak gunung itu juga membeku seperti mana tanah tinggi di Asia Tenggara lain kesan tiupan angin sejuk dari Siberia.

Menurut Pengurus Taman Kinabalu Sabah, suhu di gunung itu walaubagaimanapun pernah mencecah di bawah paras sifar Celsius. Daerah Ranau yang terletak di kaki Gunung Kinabalu merekodkan suhu terendah iaitu 15 darjah Celsius, Keningau (16 darjah Celsius), Kudat (20 darjah Celsius) dan Kota Kinabalu (21 darjah Celsius).

Sumber laporan

4. Saiful kembali bertarung di gelanggang MMA

Atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) Malaysia, Saiful Merican akan kembali beraksi dipentas ONE Championship selepas satu tahun berehat. Kali ini beliau akan menentang lawannya iaitu Burn Soriano dari Filipina. Kejohanan peringkat antarabangsa itu bakal berlangsung pada Jumaat ini (10 Feb) di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, lima lagi jaguh MMA Malaysia iaitu Ev Ting, Ann Osman, Keanu Subba, Agilan Thani dan Muhammad Aiman juga turut akan bertanding dalam kejohanan tersebut.

Sumber laporan

5. Malaysia Airlines tawar diskaun 30%

Semperna kempen promosi Malaysia Airlines Travel Fair (MATF 2017), syarikat penerbangan Malaysia Airlines menawarkan diskaun sebanyak 30% untuk semua destinasi popular. Tawaran bermula sejak 8 Febuari sehingga 15 Febuari.

Promosi ini termasuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke rangkaian negara ASEAN dan antarabangsa, Kuching dan Miri ke Singapura serta Kota Kinabalu ke Shanghai, Taipei, Tokyo dan Perth. Pelanggan boleh menikmati tambang serendah RM259 pergi dan balik untuk kelas ekonomi antara Kuala Lumpur dan Medan termasuk bagasi 30 kilogram, makanan serta hiburan dalam penerbangan tanpa caj tersembunyi.

Sumber laporan