1. Ceramah Dr Zakir Naik di Perlis berjaya mengislamkan seorang wanita

Penceramah terkenal Dr Zakir Naik sekali lagi telah berjaya mengislamkan seorang waraga India yang mengikuti syarahannya di Dewan Kecemerlangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada pagi ini.

Wanita yang dikenali sebagai Shavila berumur 40-an ini dengan rela hati bersetuju mengucap syahadah, pada 11.50 pagi selepas dikatakan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Dr Zakir mengenai konsep Islam dan ketuhanan

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Turut menjadi saksi adalah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail serta 600 hadirin lain yang turut hadir.

Sumber laporan

2. Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 148 orang

Dilaporkan jumlah mangsa banjir di Perak setakat hari ini kekal 168 orang daripada 48 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di daerah Manjung.

Ketika ini kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai yang berlarutan sejak 23 Jan lepas.

Banjir di kawasan itu dikenali sebagai ‘banjir termenung’ disebabkan air yang bertakung sejak dua minggu lalu tidak dapat mengalir keluar.

– Sumber laporan

3. Trump gagal di mahkamah

Mahkamah rayuan persekutuan menolak permintaan memberi semula kebenaran kepada Presiden Donald Trump melaksanakan arahan mengekang kemasukan rakyat tujuh negara majoriti Muslim.

Keputusan ini sedikit sebanyak telah memberi kelegaan buat pendatang Syria yang berada di Amerika

Mereka enggan menyanggah keputusan mahkamah lebih rendah yang sebelum ini menggantung arahan eksekutif Trump melarang rakyat negara majoriti Islam memasuki Amerika. Bagaimanapun, status arahan itu mungkin berpindah ke Mahkamah Agung bagi tujuan rayuan.

– Sumber laporan

4. Usaha Jabatan Taman Laut Labuan untuk tingkatkan bilangan penyu berjaya

Hasil kerjasama untuk meningkatkan populasi penyu di sini menyaksikan kira-kira 98 peratus daripada 10,450 biji telur penyu telah berjaya dieram menetas dan dilepaskan ke laut bagi tempoh 2011-2015.

Pembahagian sarang penyu di beberapa lokasi sekitar Labuan ini melihatkan masing-masing berjaya merekodkan jumlah pembiakan yang agak tinggi di setiap lokasi.

Dalam pada itu, usaha untuk meningkatkan populasi penyu ini bakal diteruskan bagi menjamin spesis terancam ini terus wujud di masa akan datang.

– Sumber laporan

5. AirAsia X Tawar Penerbangan Dari KL Ke Hawaii Serendah RM499

Berita baik buat semua traveller di Malaysia, kini anda boleh terbang terus dari Kuala Lumpur ke Hawaii dengan penerbangan tambang murah AirAsia X dengan harga tawaran serendah RM499.00 sahaja.

Laluan destinasi baru AirAsia X ke Hawaii ini akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu. Penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Honolulu, Hawaii melalui Osaka, Jepun bermula pada 28 Jun 2017.

Promosi berkenaan akan bermula 11 Februari hingga 26 Februari 2017 bagi perjalanan dari 28 Jun 2017 hingga 6 Februari 2018. Tempat duduk Premium Flatbed yang memenangi pelbagai anugerah juga turut ditawarkan bermula dari serendah RM2,999.

– Sumber laporan