Ya, anda tidak salah baca, siri Popular ‘La Casa De Papel’ atau lebih dikenal dengan ‘Money Heist’ bakal diadaptasi ke versi Korea tidak lama lagi!
Rundingan untuk penghasilan semula siri popular ini telah pun dibuat sejak dari bulan Jun lagi oleh syarikat produksi Korea, BH Entertainment bersama produksi Content ZIUM. Baru-baru ini, penghasilan semula siri ini telah pun disahkan oleh produksi Korea.
Menurut laporan, siri yang bakal menemui penonoton ini nanti bakal menampilkan plot yang hampir serupa dengan versi asal cuma ia akan dibuat di Korea.

Alex Pina yang merupakan penerbit asal siri ini mengatakan bahawa beliau sangat teruja dengan penghasilan semula siri ‘Money Heist’ versi Korea ini.
“Konten dari Korea Selatan telah menarik minat penonton dari segenap dunia, sama seperti siri ‘Money Heist’. Oleh sebab itu, kami sangat tertarik untuk melihat potensi siri ini dalam versi Korea dan saya sangat teruja untuk melihat sambutan siri ini di sana,” Kata Alex.
Siri ini bakal diarahkan oleh Kim Hong-sun, direktor yang terkenal dengan beberapa drama popular seperti ‘Son: The Guest’ , ‘Voice’ , dan ‘Black’. Lakonlayar buat siri ini pula bakal ditulis oleh Ryu Yong-jae dan pasukannya yang pernah terlibat dengan siri tvN yang berjudul ‘Psychppath Diary’.

BH Entertainment yang pernah mengekuarkan drama seprti ‘A Single Rider’ dan ‘Miss Baek’ bakal menjadi penerbit siri ini bersama Content ZIUM, syarikat produksi yang telah menghasilkan drama popular lakonan Park Seo-joon bertajuk ‘Itaewon Class’ dan drama lain seperti ‘Go Back Couple’ dan ‘Run On’.
Perkhabaran tentang penghasilan semula drama ini ternyata mendapat sambutan positif dari peminat siri ‘Money Heist’. Rata-rata dari mereka cukup teruja dengan berita tersebut dan tak sabar untuk mengetahui siapakah pelakon yang bakal membintangi siri drama ikonik ini.
No one have a problem with this bcs we know they aint gonna ruin it https://t.co/Gnfwbz0u2m
— ☻ (@ilyasafar) December 1, 2020
These ppl helped make 2 of my fav kdramas and now they're coming together to make the money heist remake?? It's gonna be so good omg
— Evie 🍃🦋 (@EvieLutionary) December 2, 2020
omg i just realized there’s gonna be a korean remake of money heist 😭 really looking forward to it
— widya (@livinablueworld) December 1, 2020
Korean remakes always end up being successful so, I'm excited for this one! https://t.co/jSdGCTjOJP
— N A N A 🐧누나나🌺 (@Nana_Noona_) December 1, 2020
Sementara menunggu penghasilan siri ini, apa kata anda tonton filem thriller ‘The Call’ yang sedang trending di Netflix. Klik pautan di bawah untuk ketahui 5 sebab kenapa filem tersebut boleh trending.
‘Trending’ Di Netflix, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Filem The Call
Filem Puteri Gunung Ledang Bakal Ditayangkan Di Netflix Bermula 26 November Ini
Laman Ini Bolehkan Anda Menentang Beth Harmon Yang Popular Menerusi Siri Netflix