Elon Musk sudah lama berada di tempat pertama sebagai manusia terkaya di dunia dan kini takhtanya berjaya dirampas oleh sorang individu berpengaruh yang tidak kurang hebatnya.

Memetik CNBC, Larry Ellison, Pengerusi Eksekutif Oracle, telah dinobatkan sebagai orang terkaya di dunia, mengatasi kedudukan yang sebelum ini dipegang oleh CEO Tesla, Elon Musk.

Berjaya Tewaskan Elon Musk, Lelaki Ini Muncul Sebagai Manusia Paling Kaya Di Dunia
Sumber Gambar: Simple Wikipedia

Kekayaan bersih Pengerusi Oracle, Larry Ellison, telah meningkat mendadak sebanyak

$101bilion,menjadikannya individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak $393 bilion. Peningkatan ini mengatasi nilai kekayaan Elon Musk yang berjumlah AS$385 bilion.

Peningkatan yang luar biasa ini disebabkan oleh lonjakan 41 peratus pada saham Oracle, yang merupakan rekod baharu bagi syarikat tersebut.

Kenaikan saham ini dipacu oleh pengumuman CEO Oracle, Safra Catz, mengenai empat kontrak baharu bernilai berbilion dolar yang telah dimeterai.

Jumlah tempahan Oracle melonjak empat kali ganda kepada AS$455 bilion, peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Safra Catz menjangkakan pendapatan daripada Oracle Cloud Infrastructure (OCI) akan meningkat 77% kepada AS$18 bilion tahun ini, dan meramalkan ia akan mencapai AS$144 bilion menjelang 2030.

Dengan unjuran positif ini, Oracle kini berdiri setanding dengan syarikat besar lain seperti Amazon, Microsoft, dan Google dalam perlumbaan sengit untuk mendominasi teknologi AI dan pengkomputeran awan.

Tetapi sayangnya tidak bertahan lama

Saham Oracle susut pada Khamis, selepas lonjakan rekod yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI) dalam sesi sebelumnya. Kenaikan itu telah membawa nilai syarikat lebih dekat kepada paras trilion dolar dan meletakkan pengasas bersamanya, Larry Ellison, selangkah lagi untuk menjadi individu terkaya di dunia.

Pengeluar perisian perusahaan itu menyaksikan peningkatan yang luar biasa, didorong oleh gelombang perjanjian awan bernilai berbilion dolar. Kejayaan ini menyerlahkan lagi perebutan kuasa pengkomputeran dalam kalangan syarikat yang melabur berbilion dolar untuk menjadi peneraju dalam perlumbaan AI.

Saham Oracle jatuh hampir 5% setelah melonjak sehingga 35.9% pada hari Rabu.

Walaupun syarikat itu mencapai rekod permodalan pasaran $933 bilion (RM3.9 trilion) setakat penutupan terakhir, nilainya dijangka akan susut kepada sekitar $890 bilion jika kerugian berterusan.

Nilai bersih Larry Ellison dianggarkan sekitar $387.6 bilion, sebahagian besarnya didorong oleh 41% pegangan sahamnya di Oracle. Angka ini dibandingkan dengan kekayaan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, yang bernilai $437.5 bilion, yang masih mendahului ranking kekayaan global Forbes.

Dennis Dick, ketua strategi di Stock Trader Network, berpendapat bahawa penurunan ini mungkin disebabkan oleh “keletihan pembeli,” dan menjangkakan bahawa mereka yang suka “membeli ketika harga jatuh” akan kembali muncul.

Beliau menambah, “Unjuran syarikat sangat luar biasa, sukar untuk percaya cerita ini sudah tamat.”