Patung gergasi bersaiz 26.5 meter tidak berpakaian dan terbaring di atas lantai sambil melakukan satu persembahan yang pelik atas nama pendidikan s*ks untuk kanak-kanak menerima pelbagai respon daripada orang dewasa terutama ibubapa.
Persembahan itu dijayakan oleh sekumpulan orang di Melbourne, Australia dengan menonjolkan seni secara langsung dengan tajuk ‘Everybody’s born, Everybody cries, Everybody s***s and Everybody dies‘. Ia untuk mengajar kanak-kanak mengenai anggota tubuh badan dan proses kelahiran agar mereka tidak melakukan hubungan s*ks di usia muda.
Patung gergasi terbaring dan seketul bata terkena kepalanya.

Sebelum mati kerana bata itu, dia mengerang kesakitan untuk melahirkan anak. Akhirnya patung berupa bayi dilahirkan olehnya.

Patung bayi itu menyusu selama beberapa ketika.

Disusuli pula dengan aksi jantung melompat keluar dari dada patung gergasi dan menari. Aksi ini sukar difahami akan tujuannya.

Seterusnya anda boleh tonton disini:
https://www.youtube.com/watch?v=CnbxO7P7Xnk
Menurut keterangan di bawah video tersebut, persembahan Everybody ini adalah satu penerokaan keadaan manusia dari lahir hingga mati. Ia melibatkan metafora, metafizik dan keajaiban badan.
Namun begitu, bukan semua orang boleh menerimanya. Ia merupakan satu persembahan yang pelik dan jelik bagi sesetengah orang dewasa apabila membaca pelbagai komen di laman web dan video yang memaparkan mengenai persembahan ini.
Apa pendapat anda?
LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram