Ramai pasti tertanya-tanya keadaan lantai rumah kaum India di Malaysia yang majoritinya dilihat bersih dan berkilat hampir setiap masa.

Tahukah anda sebenarnya boleh dikatakan kaum India akan menyapu dan mop lantai sekurang-kurangnya tiga kali sehari bagi memastikan ia bersih dan berkilat?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara itu dikongsikan seorang guru yang juga mualaf, Muhammad Farhan Param Kunaseigaran, 37, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Param menerusi temu bual sebuah program podcast.

Menerusi video TikTok sembangkopiahterbang, Cikgu Param mendedahkan sebab-sebab masyarakat India begitu menjaga kebersihan di rumah mereka.

Menurut Cikgu Param, menjadi kewajipan bagi masyarakat India untuk menyapu dan mop lantai rumah setiap hari.

“Benda pertama yang wajib buat apabila bangun pagi bagi masyarakat India adalah sapu dan mop.  Sehari itu tiga kali buat, itu pun dikira malas. Yang rajin itu sebelum tidur buat lagi,” katanya.

Bahkan, ia juga dikatakan berkait dengan kepercayaan dan adat bagi masyarakat India iaitu menjaga kebersihan yang dituntut agama dan untuk meraih lebih banyak rezeki.

“Pertama, kepercayaan dalam agama. Saya rasa mana-mana agama kita perlu menjaga kebersihan supaya tak dapat penyakit, supaya rumah bersih dan sebagainya.

“Kepercayaan kedua apabila rumah kita bersih, kemas dan cantik akan dapat lebih banyak rezeki,” kongsinya lagi.

@sembangkopiahterbang

Kenapa Dapur India Sangat Bersih? #indiamalaysia #sembangkopiahterbang #langkastudio #podcastmalaysia #cikguparam @cikguparam @Rahmat ikhsan

♬ original sound – Langka Studio – sembangkopiahterbang

Perkongsian video itu turut meraih perhatian ramai, rata-ratanya bersetuju dan mengagumi kebersihan rumah yang diamalkan masyarakat India.

Seorang netizen berbangsa India di ruangan komen memaklumkan punca lantai dan periuk bersih berkilat kerana membersihkannya sudah menjadi rutin harian mereka.

Sumber Gambar: TikTok @sembangkopiahterbang
Sumber Gambar: TikTok @sembangkopiahterbang

Kita juga boleh mencontohi amalan tersebut kerana bukan sahaja boleh memastikan persekitaran kediaman kita lebih bersih dan kondusif malahan memberikan imej yang baik kepada umum.