Secret Recipe telah memperkenalkan reka bentuk baharu untuk cawangannya semasa pelancaran cawangan ke-350 dan ulang tahun ke-26 di 1 Utama di Petaling Jaya, Selangor dan bercadang untuk memberikan nafas baru di kesemua cawangan Secret Recipe seluruh Malaysia.

Reka bentuk yang diketengahkan adalah berkonsepkan moden kontemporari dan pastinya dapat menarik lagi generasi muda untuk menikmati hidangan lazat di Secret Recipe bersama rakan atau keluarga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Malah, dengan rekaan baharu ini, pastinya membawa suasana yang lebih selesa untuk meraikan hari bahagia seperti ulangtahun dan sebagainya di sini. Tidak hanya itu, ruangan turut diperbesarkan membolehkan anda menjemput ramai orang meraikan hari bahagia anda.

“Kami memutuskan untuk memperkenalkan reka bentuk baharu untuk mengikuti trend dan generasi muda.

“Kami akan terus memperbaharui (kedai kami) setiap lima tahun untuk memastikan ia kelihatan baik untuk pelanggan kami,” kata MD Secret Recipe Patrick Sim dalam sidang akhbar.

Sementara itu, Duta Jenama Secret Recipe, Mira Filzah berkata, beliau membesar dengan jenama itu dan amat menyukainya.

Beliau yakin Secret Recipe akan terus berkembang dan kejayaan pembukaan cawangan ke-350 itu adalah salah satu daripada banyak lagi yang akan datang.

Sejak penampilan sulungnya pada 1997, Secret Recipe menarik perhatian penggemar makanan dari semua lapisan masyarakat.

Lebih 25 tahun, jenama itu berkembang menjadi salah satu rangkaian kek gaya hidup dan kafe yang paling pesat berkembang di rantau ini, dengan cawangan dibuka bukan saja di Malaysia malah di Singapura, Thailand, Brunei, Maldives dan Bangladesh.