Pada malam semalam tular beberapa klip video menunjukkan kekecohan berlaku sewaktu ketibaan jenazah nahas helikopter TLDM, Allahyarham Muhammad Firdaus yang dalam perjalanan dengan penuh istiadat ke tanah perkuburan Islam berhampiranĀ Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan telah menerima laporan berhubung kekecohan berlaku itu.
Baca Juga:
- Nahas Helikopter TLDM Dapat Liputan Media Seluruh Dunia
- Dua Helikopter Terhempas Ketika Raptai, Sepuluh Terkorban
Laporan berkenaan dibuat seorang lelaki yang juga pemandu kereta di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, tengah malam tadi.
“Berhubung kejadian itu, polis sudah terima satu laporan daripada seorang lelaki yang juga pemandu kereta berkenaan.
berlaku kekocohan sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong. Ada species yg membunyikan hon dan meredah jalan didalam suasana orang ramai memberi penghormatan terakhir pic.twitter.com/DwFSwGe5Fl
— #UpdateInfoš²š¾š (@update11111) April 24, 2024
“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
“Cermin kereta pada bahagian pemandu pecah, namun pemandu kenderaan itu tidak cedera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Netizen mendakwa individu yang mendakwa berada di lokasi ketika kejadian, pemandu kereta terbabit disifatkan sebagai tidak sabar dan tidak menghormati urusan istiadat berkenaan.
Difahamkan lebih 1,000 jemaah hadir ke masjid berkenaan bagi menunaikan solat jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 TLDM itu.